Buletin

M-SPORT FORD MENGIKAT PIERRE-LOUIS LOUBERT UNTUK TUJUH PUSINGAN

Pasukan M-Sport Ford tampaknya menjadi pasukan yang cukup sibuk di awal musim kempen WRC 2022. Pasukan yang berpangkalan di Britain ini telah pun mengikat seorang pemandu muda, Pierre-Louis Loubet bagi mengharungi sebanyak tujuh pusingan kalendar WRC bagi musim ini.

Pemandu muda kelahiran Perancis yang berusia 24 tahun ini dijangka membuat debut memandu jentera keempat Ford Puma Rally1 bermula dengan perlumbaan aspal di Croatia pada April nanti. Kemudiannya Pierre-Louis Loubet dijangka berlumba di Portugal, Sardinia serta Estonia. Besar kemungkinan juga beliau dijangka berlumba di Finland atau lokasi lain serta di Greece dan juga Sepanyol bagi melengkapkan jumlah keseluruhan tujuh pusingan bagi musim ini.

Dengan perkhabaran ini, Pierre-Louis Loubet bakal menjadi pemandu keenam yang telah diikat oleh pasukan M-Sport Ford ini. Sebelum ini,  Craig Breen, Adrien Fourmaux dan juga Gus Greensmith adalah merupakan pemandu tetap bagi M-Sport Ford bagi musim ini. Selain itu, mereka juga telah pun mengikat Sébastien Loeb dan juga Lorenzo Bertelli bagi berlumba untuk pusingan tertentu secara separuh masa musim ini.

Untuk rekod, Pierre-Louis Loubet pernah menyertai pasukan M-Sport pada tahun 2017 dengan memandu jentera Ford Fiesta R5 dan menyertai kategori WRC2 ketika itu dan dua tahun kemudian berjaya memenangi WRC2 ketika memandu Skoda Fabia.

Tahun sudah Pierre-Louis Loubet turut berlumba beberapa pusingan dalam kategori utama WRC dengan menyertai pasukan kedua Hyundai 2C Compétition dengan memandu jentera Hyundai i20 Coupe WRC. Baki dua perlumbaan terakhir beliau terlepas aksi saingan disebabkan terlibat dalam kemalangan di Paris hingga menyebabkan mengalami patah tulang pinggul.

Yang pasti, kerjaya Pierre-Louis Loubet kembali bersambung tahun ini dalam pentas utama WRC. Menurut Prinsipal pasukan Malcolm Wilson ini merupakan antara inisiatif bagi mencungkil dan membangunkan bakat muda dalma dunia rali.

“Kami kekal berhubung walaupun setelah tamat musim pada tahun 2017 dan beliau terus menyakinkan saya selepas itu. Saya akan memantau rapat prestasi beliau musim ini dan yakin dengan apa yang Puma Rally1 mampu lakukan bersama Pierre-Louis Loubet”, ujar Malcolm Wilson.

Dan bagi Pierre-Louis Loubet sendiri, ini merupakan sesuatu yang cukup diidamkan apabila masih dapat beraksi dalam kelas perdana WRC buat tahun kedua berturut. Apatah lagi dengan prestari Ford Puma Rally1 kelihatna agak menyakinkan di pembukaan Monte-Carlo bulan lepas.

BACA : CRAIG BREEN SAHIH BERTUKAR KE PASUKAN M-SPORT FORD

BACA : M-SPORT FORD MULA MENGUJI MODEL RALLY1 UNTUK MUSIM WRC 2022

Google ads

B K

Back to top button