Artikel Pilihan

SEBASTIAN OGIER AKHIRNYA MENYERAHKAN TAHTA WRC KEPADA KALLE ROVANPERA

Disebalik kejayaan Kalle Rovanpera sewaktu Repco Rally New Zealand, terdapat suatu ketika momen yang agak mengharukan di atas podium ketika Sebastian Ogier menyerahkan ‘tahta’ beliau kepada anak muda Finland tersebut yang baharu sahaja ditabalkan sebagai juara WRC musim ini.

Barangkali nama Sebastian Ogier ini merupakan suatu nama yang besar dan beliau dianggap sebagai lagenda dalam sukan FIA World Rally Championship (WRC) apatah lagi beliau merupakan pemegang tahta juara WRC sebanyak lapan kali dan merupakan juara bertahan bagi dua musim lalu. Namun era pemandu dari Perancis tersebut nampaknya berakhir apabila beliau berdiri di sebelah juara baharu WRC sambil menyerahkan helmet juara beliau kepada Kalle Rovanpera. Suatu momen yang cukup emosi buat sang lagenda.

Kalle Rovanpera berjaya merangkul kejuaraan tertinggi dalam sukan rali apabila memenangi perlumbaan di Repco Rally New Zealand dan berjaya muncul juara WRC termuda dalam sejarah hanya pada usia 22 tahun.

Kini Sebastian Ogier hanya berlumba secara separuh masa sahaja bersama pasukan Toyota Gazoo Racing bagi mengimbangi kehidupan sebagai seorang pelumba dan juga ketua keluarga. Dan yang pasti untuk melihatkan kelibat sang lagenda ini berlumba merebut tahta adalah suatu yang mustahil. Namun itu bukan alasan untuk Sebastian Ogier tidak berlumba secara kompetetif. Musim ini beliau berjaya muncul juara di Monte Carlo dan juga podium kedua di Repco Rally New Zealand.

Sudah pasti Sebastian Ogier turut memainkan peranan yang cukup penting disebalik kejayaan Kalle Rovanpera di bumi New Zealand ini apabila beliau berjaya mempamerkan pemanduan yang cukup handal untuk memastikan kemenangan 1- 2 berjaya diperoleh sekali gus menghalang Ott Tanak untuk memintas.

Pun begitu, Sebastian Ogier ternyata cukup gembira dengan apa yang dicatat oleh rakan sepasukan beliau itu.

“Sukar untuk menggambarkan dengan kata kata. Ianya suatu yang cukup menakjubkan apa yang dia berjaya capai. Maksud saya pada usia 22 tahun. Saya fikir rekod ini pasti mengambil masa yang lama untuk dipecahkan,” ujur Sebastian Ogier.

“Kalle Rovanpera ini diibaratkan jelmaan semula Kimi Raikkonen- dalam sukan rali ibaratnya dan berdarah dingin. Kadangkala beliau tidak mempunyai emosi. Saya harap beliau mempunyainya ketika ini kerana beliau harus meraikannya detik ini.” tambah Sebastian Ogier lagi.

BACA : WRC 2021 – TUAH SEBASTIAN OGIER UNTUK MENANG DI SAFARI RALLY KENYA

BACA : WRC 2020 – SEBASTIAN OGIER MUNCUL JUARA WRC 2020 BUAT KALI KE TUJUH

Google ads

B K

Back to top button