Buletin

CRAIG BREEN SAHIH BERTUKAR KE PASUKAN M-SPORT FORD

Pemandu separuh masa pasukan Hyundai Shell Mobis WRT musim ini Craig Breen akhirnya sahih bakal berpindah dan menyertai pasukan M-Sport Ford bagi menghadapi saingan serba baharu musim WRC 2022 kelak. Pemandu kelahiran Ireland itu sebelum ini mula menyertai keluarga Hyundai Shell Mobis pada tahun 2019 dan sempat beberapa aksi beberapa pusingan rali ketika itu.

Dan perkhabaran gembira ini sudah tentu merupakan suatu langkah besar buat kerjaya Craig Breen. Apatah lagi beliau ditawarkan kontrak selama 2 tahun untuk kekal bersama pasukan M-Sport Ford. Sebelum ini, Craig Breen tidak pernah beraksi semusim penuh semenjak mula memandu untuk kelas premier WRC. Sebelum ini Craig Breen hanya terlibat dalam perlumbaan separuh masa sahaja ketika bersama pasukan Citroen dan juga 3 musim bersama pasukan Hyundai.

Dan pencapaian Craig Breen boleh dikatakan berada pada tahap terbaik apabila tiga kali menaiki podium di Estonia, Belgium dan juga Finland. Kini Craig Breen berada di kedudukan keenam keseluruhan mengutip 76 mata walaupun beliau hanya beraksi separuh pusingan sahaja setakat ini.

Kini Craig Breen telah pun berpeluang untuk memandu uji jentera Rally1 Ford Puma yang baharu bagi menyesuaikan diri di Britain beberapa minggu lalu dan beliau bakal menguji jentera yang sama kelak di Sepanyol dengan permukaan berbatu dan juga aspal.

“Saya telah berkerja keras untuk mencapainya (pemandu WRC sepenuh masa) semenjak saya masih kecil lagi. Ini adalah peluang yang tidak akan saya lepaskan”, ujur pemandu Irish yang berusia 31 tahun ini.

Penyertaan Craig Breen bersama pasukan M-Sport Ford sebenarnya agak ironi juga. Sebelum ini Craig Breen pernah memenangi WRC Academy pada tahun 2011 bersama jentera Ford Fiesta R2 yang dibina oleh pasukan M-Sport Ford. Setahun kemudiannya beliau turut memenangi kejuaraan Super 2000 bersama jentera Fiesta S2000. Kira sireh pulang ke gagang la kaedahnya.

Prinsipal pasukan Malcolm Wilson pula yakin dengan keupayaan Craig Breen. “Kami ada jentera Puma yang hebat dan saya yakin Craig dan Puma mampu menghasilkan kejayaan terhadap pasukan pada masa mendatang,” ujur beliau.

Sementara itu, tiada sebarang pengesahan rasmi lagi berkenaan siapakah rakan sepasukan Craig Breen pada musim hadapan walau pun cakap – cakap mengatakan pemandu sedia ada Adrien Fourmaux Gus Greensmith bakal dikekalkan. Rasanya macam kekal aja. Entah, tengok ajalah nanti.

BACA : TOYOTA GAZOO RACING UMUM BARISAN PEMANDU UNTUK MUSIM 2022

BACA : WRC 2021 – KALLE ROVANPERÄ CIPTA SEJARAH DI ESTONIA UNTUK MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button