WRC 2022 – KEJAYAAN BERGANDA BUAT SEBASTIAN OGIER & TOYOTA DI SEPANYOL
Pelumba lagenda, Sebastian Ogier berjaya memenangi perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar WRC musim ini di RallyRACC – Rally de Espana, sekali gus memberikan kejayaan berganda buat pasukan Toyota Gazoo Racing untuk memberikan kemenangan keseluruhan WRC bagi kategori Pengeluar.
Pemandu lagenda yang berasal dari Perancis itu hanya berlumba secara separuh masa sahaja bermula musim ini ternyata unggul dalam saingan di RallyRACC – Rally de Espana sepanjang tiga hari saingan. Ini adalah kejayaan pertama kali buat Sebastian Ogier di era perlumbaan hibrid ini. Kemenangan ini juga pasti dirasai lebih bermakna buat Benjamin Veillas yang kali pertama berpasangan bersama sang lagenda bagi musim ini.
Ternyata kemenangan ini telah membantu pasukannya untuk mengesahkan kejuaraan WRC bagi katgori Pengeluar dengan cemerlang buat tahun kedua berturut – turut, sekali lagi menewaskan pasukan Hyundai Motorsport. Pasukan Toyota Gazoo Racing berjaya mengumpul 93 mata di hadapan pasukan Hyundai yang memungkin mereka tidak berupaya untuk mengejar sama sekali walau pun saingan berbaki satu lagi yang terakhir di Jepun.
Prinsipal pasukan, Jari-Matti Latvala ternyata cukup gembira dengan keputusan ini. “Ianya cukup hebat dengan kejayaan ini di sini. Rali terakhir di Jepun adalah perlumbaan di rumah sendiri untuk pasukan Toyota dan kami kini akan lebih tanpa tekanan di sana. Sekiranya kami menang, kami boleh merayakan kejayaan dengan lebih besar lagi,” ujur beliau.
Tempat kedua keseluruhan pula menjadi milik buat pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Thierry Neuville yang ketinggalan hanya 16.4 saat. Sebetulnya Thierry Neuville bersaing rapat dengan Kalle Rovanpera sebelum beliau berjaya memintas pelumba muda tersebut pada saingan hari Sabtu sekali gus mengekalkan kedudukan kedua keseluruhan.
Dan Kalle Rovanpera pula akur untuk hanya berada di podium ketiga sekaligus turut mengutip mata penting bagi membolehkan kemenangan buat pasukan Toyota di Sepanyol walau pun beliau sempat mengalami masalah tayar pancit sewaktu saingan hari terakhir.
Mana kala mantan juara WRC, Ott Tanak pula harus berpuas hati di tempat keempat keseluruhan setelah ketinggalan 44 saat di tempat ketiga milik Kalle Rovanpera. Dan kekecewaan pasti melanda pelumba harapan tuan rumah, Dani Sordo yang hanya berada di tempat kelima keseluruhan setelah gagal mendapatkan tetapan yang sesuai pada jentera Hyundai i20 N Rally1 beliau sebelum menemuinya semula kelajuan yang dicari setelah saingan hari Sabtu bermula.
Perlumbaan terakhir bakal berlangsung di Jepun pada bulan hadapan dengan permukaan aspal yang baharu buat semua pelumba.
BACA : WRC 2022 – KALLE R0VANPERA SEKALI LAGI MELAKUKANNYA DI ESTONIA. INILAH DIA CALON JUARA WRC!