Buletin

KIA NO. 3 KENDERAAN BOLEH DIHARAP DI AS!, KAJIAN J.D POWER 2022

Amerika Syarikat merupakan pasaran kenderaan terbesar di dunia selepas China dengan jualan kereta pada tahun 2021 hampir mencecah 15 juta unit.

Dengan pasaran yang besar dan saingan sengit, pengeluar kereta harus bersungguh menambat hati pelanggan dan mengekalkan kesetiaan mereka.

Membantu dalam memberikan panduan kepada pengguna ialah kajian dari badan profesional yang membolehkan pengguna dan pengeluar membuat penilaian dan pengukuran prestasi sesebuah jenama.

2019 Sorento

Terbaru J.D Power mengumumkan hasil Kajian Kebolehharapan Kenderaan (Vehicle Dependability Study/VDS) 2022 Amerika Syarikat dan menariknya Kia menduduki tempat pertama bagi kategori jenama massa!

Dari segi keseluruhan, Lexus berada di tempat pertama dengan markah 81 PP100 yang juga kedudukan teratas dalam kategori kenderaan premium.

Tempat kedua keseluruhan diduduki Porsche dengan markah 86 PP100.

Selain jenama yang boleh diharap, Sorento berada di tempat pertama di dalam kategori SUV Saiz Sederhana Atas dengan Toyota Highlander dan Ford Edge di tempat ketiga dan keempat.

Sorento yang dijual di AS merupakan buatan warga tempatan dan dikeluarkan di kilang Kia di West Point, Georgia.

Bagaimana kajian dibuat?

2019 Forte

Kajian VDS dibuat berdasarkan masalah yang dialami pemilik asal kenderaan dalam tempoh 12 bulan lalu dan kenderaan yang berusia tiga tahun (model 2019).

Faktor kebolehharapan ditentukan mengikut jumlah masalah yang dialami untuk setiap 100 kenderaan (PP100).

2019 Optima SX

Dengan itu, markah yang lebih rendah menunjukkan kualiti lebih tinggi. Kia menduduki tempat pertama dengan markah 97 PP100.

Pencapaian terbaru ini sebenarnya adalah tambahan kepada kejayaan Kia memenangi anugerah terbanyak di dalam anugerah Kualiti Awalan J.D Power 2021.

Lebih 29 ribu tinjauan

2019 Sedona

Kajian yang dibuat merangkumi 29,487 tinjauan dan mengukur kualiti kenderaan hari ini terutama sekali yang berkaitan dengan teknologi baharu dan ciri-ciri yang ditawarkan kepada pembeli.

Ada 32 perkara yang terdiri daripada simptom masalah spesifik dan dibahagikan kepada lima aspek utama iaitu PP100, penggantian komponen, kemaskini perisian, penampilan kenderaan dan kemorosotan atau penurunan kualiti.

Untuk jenama massa, Toyota mengekori rapat Kia dengan markah 98 PP100 dan berada di kedudukan keempat keseluruhan.

2019 Soul

BACA: PANDU UJI: KIA CARNIVAL 2022, MUAT SEKELUARGA, DRIVE RASA MACAM KERETA

BACA: KIA JUAL LEBIH 2.7 JUTA KERETA PADA 2021, SASAR LEBIH 3 JUTA TAHUN 2022!

BACA: KIA FORTE GT 2022, 1.6L TURBO 200HP 6 KELAJUAN MANUAL!

Google ads
Back to top button