Buletin

ESAPEKKA LAPPI BAKAL SERTAI PASUKAN HYUNDAI MUSIM HADAPAN. OLIVER SOLBERG PULA BAGAIMANA?

Tampaknya pemindahan pelumba / pemandu di kalangan pasukan World Rally Championship (WRC) juga sama meriahnya dengan sukan utama dunia seperti bolasepak. Terkini, pelumba Esapekka Lappi khabarnya sahih bakal menyertai pasukan Hyundai Motorsport bagi kempen WRC musim 2023.

Esapekka Lappi yang hanya beraksi secara separuh masa bersama pasukan Toyota Gazoo Racing sudah tentu mengharapkan ini merupakan khabar gembira yang ditunggu – tunggu bagi mendapatkan tempat duduk sebagai pelumba penuh setelah mempamerkan aksi yang agak konsisten sepanjang musi ini. Beliau berjaya menduduki tiga podium daripada tujuh penampilan WRC setakat ini. Esapekka Lappi musim ini berkongsi jentera ketiga Toyota GR Yaris Rally1 bersama sang lagenda Sebastian Ogier.

Pasukan Hyundai Motorsport yang pastinya dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan pelumba berpengalaman sebagai rakan sepasukan kepada Thierry Neuville sementelah pemergian Ott Tanak bagi saingan musim hadapan.

Pelumba kelahiran Finland yang berusia 31 itu sebelum ini pernah menyertai pasukan Toyota terlebih dahulu sebelum berpindah ke pasukan Citroen kemudiannya. Beliau juga pernah bersama pasukan M-Sport sebelum kembali menyertai pasukan Toyota musim ini setelah tidak menyertai mana mana pasukan pada tahun 2021.

Sungguh pun demikian, beliau dijangka akan bersama pasukan Toyota terlebih dahulu di Jepun hujung minggu ini bagi menyelesaikan tugasan terakhir beliau musim ini.

Sementara itu, Oliver Solberg yang bakal kehilangan tempat duduk jentera sempat kembali beraksi di pusingan terakhir British Rally Championship (BRC), Visit Conwy Cambrian Rally dengan memandu jentera Volkswagen Polo R5. Dan khabar gembiranya Oliver Solberg berjaya memenangi perlumbaan tersebut.

Berlumba di kawan hutan Utara Wales itu mengingatkan beliau ketika membuat debut di WRC sewaktu Rally GB 2019. Setidaknya kejayaan ini berjaya mengubati sedikit berita kecewa yang beliau diterima tentang perpisahan bersama pasukan Hyundai Motorsport sebelumnya.

Sungguh pun demikian, Oliver Solberg tetap akan bersama pasukan Hyundai Motorsport di FORUM8 Rally Japan hujung minggu ini bagi menyelesaikan tugasan terakhir recce di sana kelak.

Mungkinkah tahun hadapan ada rezeki bersama pasukan dari Jepun pula?

BACA : ESAPEKKA LAPPI PODIUM DI RALLY FINLAND. INI BARU BETUL GILA

BACA : WRC 2020 – ESAPEKKA LAPPI SAH SERTAI M-SPORT FORD

Google ads

B K

Back to top button