Artikel Pilihan

MAZDA HASILKAN WARNA BARU ISTIMEWA, RHODIUM WHITE PREMIUM

Dalam usaha memposisikan jenama Mazda sebagai jenama premium, salah satu strategi yang diusahakan oleh mereka ialah memperkenalkan model baru seperti CX-50, CX-70 dan CX-60 yang akan dicat dengan warna baru yang lebih menarik

Selain dari warna Soul Red Crystal dan Machine Gray Premium yang sudah sinonim dengan Mazda, satu lagi warna yang unik ialah warna putih yang unik dinamakan sebagai Rhodium White Premium. Mengikut falsafah Mazda, warna adalah elemen penting yang memberikan bentuk kepada kereta

Warna Rhodium White ini dihasilkan oleh Mazda dengan menggunakan teknologi Takuminuri. Teknologi ini menekankan penggunaan 3 lapisan warna bagi menghasilkan kilauan menarik iaitu lapisan clear, satu lapisan pemantul dan lapisan warna cat putih dengan kesan putih seakan sutera.

Bagi warna Rhodium White ini juga, Mazda berupaya mengurangkan ketebalan cat sebanyak 30% berbanding dengan warna White Pearl Mica. Hasilnya semakin kurang penggunaan sumber dan pelepasan gas karbon dioksida dihasilkan semasa kerja mengecat dijalankan

Lapisan pemantul juga dihasilkan dengan kaedah unik dimana ia mengandungi lapisan ultra nipis pemantul cahaya berasaskan aluminium setebal 0.5 micron sahaja. Malah Mazda juga berupaya menghasilkan kepingan cat aluminium pada lapisan pemantul seolah-olah ia dicat dengan menggunakan tangan.

Keseluruhan permukaan panel kenderaan akan bersinar dengan terang apabila terdedah kepada cahaya dengan pantulan metallic. Warna putih Rhodium White ini diinspirasikan daripada konsep masyarakat Jepun yang mencari kecantikan dalam elemen kesederhanaan

Warna ini akan mula digunakan pada model CX-50, diikuti dengan CX-60, CX-70 dan juga CX-90. Bagi warna Soul Red Crystal, pelanggan akan dikenakan kos tambahan sebanyak RM 2619. Jadi kita boleh anggarkan yang kos tambahan yang sama bagi warna Rhodium White ini

Google ads
Back to top button