Buletin

KERAJAAN AKAN LANJUTKAN TEMPOH PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KERETA BAHARU?

Kerajaan dilapor mungkin melanjutkan pengecualian cukai jualan untuk kenderaan baharu dalam usaha membantu industri automotif yang berdepan pelbagai cabaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong. 

Dr. Wee juga memberitahu kerajaan akan memperkenalkan beberapa pakej rangsangan untuk memulihkan ekonomi. Antaranya ialah dengan melanjutkan pengecualian cukai yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun depan. 

“Kerajaan kini sedang menimbang untuk melanjutkan pengecualian dan keputusan itu bakal diumumkan tidak lama lagi,” kata Wee dalam satu kenyataan pada mesyuarat agung tahunan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) di Petaling Jaya. 

Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor menggesa kerajaan supaya melanjutkan pengecualian cukai jualan tersebut kerana timbul kelewatan dalam penyerahan kenderaan disebabkan oleh gangguan bekalan komponen di peringkat golongan dan kekurangan chip. Penangguhan tersebut pasti membuatkan lebih ramai pengguna mahu membeli kereta baharu.  

Pengecualian cukai jualan kenderaan diperkenalkan pada 31 Disember 2020 dan telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga akhir bulan ini.

Khor juga mencadangkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memudahkan urusan penyerahan kereta terpakai pada hari yang sama selepas pinjaman diluluskan. – Star Online

Google ads
Back to top button