Buletin

MAZDA LANCAR CX3 SUPER EDGY DI PASARAN JEPUN. HARGA BERMULA RM90K SEUNIT

Pengeluar kenderaan Mazda melancarkan model edisi khas CX3 Super Edgy di pasaran Jepun.

Crossover terbaharu itu dijual pada harga bermula AS$21,800 (RM90,618) hingga AS$28,200 (RM117,221).

Model edisi khas itu mendapat beberapa sentuhan baharu sekali gus menyerlahkan kenderaan baharu tersebut dalam barisan CX-3.

Dari segi rekaan, ia menampilkan reka bentuk lebih bersudut dan elegan sesuai dengan nama Super Edgy.

Selain itu, CX-3 Super Edgy dipadankan dua tona warna dengan bahagian atas didatangkan warna hitam bermula daripada pilar kenderaan.

Bahagian bawah pula, ia hadir dengan warna hitam glossy termasuk set rim menyerlahkan sisi elegan dan dinamik crossover itu.

Ruang dalaman dipadankan warna tema hitam dan warna putih pada bahagian papan pemuka, trim pintu dan bahagian belakang tempat duduk.

CX-3 Super Edgy turut dibaluti kulit tiruan pada tempat duduk menyerlahkan lagi pengalaman di dalam kabin. – motor1

Google ads
Back to top button