Buletin

MAZDA AUSTRALIA LANCAR BT-50 DENGAN ENJIN 1.9 LITER TURBO

Mazda Australia telah menambah model trak pikap BT-50 dengan pengenalan enjin diesel dan beberapa varian baharu. 

BT-50 yang dibangunkan bersama Isuzu itu kini ditawarkan dengan enjin turbo diesel empat silinder 1.9 liter berkuasa 147hp dan tork 350Nm. Ia merupakan enjin sama yang digunakan oleh Isuzu pada trak pikap D-MAX sejak beberapa tahun lalu. 

Enjin berkenaan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik dan mampu menunda beban sehingga tiga tan. BT-50 varia XS dilengkapi rim besi dan pelbagai ciri yang sama dengan varian BT-50 XT yang dikuasakan oleh enjin 3.0 liter turbo. 

Antara ciri penting ialah lampu utama LED, kawalan jelajah adaptif dengan stop & go, skrin infohibur 7 inci, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kamera undur, brek kecemasan automatik. pemantau titik buta, kawalan kestabilan dinamik, rear cross traffic alert, hill decent control, hill launch assist, lane departure warning serta banyak lagi. 

Mazda Australia juga melancarkan varian BT-50 SP yang menerima beberapa penambahbaikan seperti rim bersaiz 18 inci, perumah cermin sisi dan pemijak sisi berwarna hitam. 

Ruang kabin pula menggunakan kemasan kulit kayu Driftwood, suede sintetik hitam, penutup tonneau hitam, tub liner dan sport bar. Varian SP bagaimanapun hanya menggunakan enjin 3.0 liter.

“BT-50 baharu sudah memsuki tahun kedua. Jadi kami ingin menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan Mazda Australia, Vinesh Bhindi. 

Google ads
Back to top button