
MAZDA FAILKAN PATEN ENJIN BARU, TURBOCAJ DAN SUPERCAJ ELEKTRIK
Selain daripada khabar angin berkenaan model baru crossover CX-50, Mazda juga dikatakan bakal melancarkan model pengganti sedan premium mereka iaitu Mazda 6 dengan pendekatan enjin yang baru. CX-50 dan Mazda 6 akan menggunakan platform serba baru pacuan belakang serta enjin 6 silinder yang baru.
Pendekatan platform baru ini hampir sama dengan pendekatan yang digunakan oleh BMW satu ketika dulu dengan enjin 6 silinder pacuan belakang. Media automotif USA iaitu Carbuzz melaporkan mereka menemui satu fail paten rekaan enjin baru yang dibuat oleh Mazda
Penemuan terbaru ini agak mengejutkan memandangkan Mazda merupakan syarikat automotif yang kekal menawarkan enjin Natural Aspirated pada kebanyakan enjin mereka. Penggunaan supercaj pada enjin SkyActiv-X pula dibuat semata-mata bagi menghasilkan nisbah udara yang tinggi (lean burn) sewaktu pembakaran, bukan untuk penghasilan kuasa

Berdasarkan penerangan fail, paten ini dibuat oleh mazda bagi meminimakan kesan turbolag pada mekaniskem turbo dengan penggunaan sistem supercaj elektrik. Sistem ini juga akan digabungkan dengan mekanisme EGR bagi tujuan mengurangkan lagi pencemaran alam ketika beroperasi pada RPM rendah
Rekaan turbo berkembar atau twin charge bukanlah satu perkara baru kerana Volkswagen dan Volvo telahpun menggunakan teknologi ini pada kenderaan mereka. Kebiasaannya supercaj dipadankan pada enjin supaya respon enjin adalah pantas pada RPM yang rendah memandangkan supercaj dipacu menerusi aci engkol
Setelah boost yang dihasilkan adalah cukup, supercaj akan diputuskan dari sistem dengan satu sistem klac bagi mengelakkan parasitic load. Kombinasi supercaj dan turbo ini akan memberikan respon enjin yang bagus bagi enjin pada semua RPM

Berdasarkan penerangan Mazda, pembebasan asap akan dikurangkan dengan pemasangan oxidation catalyst dekat dengan enjin bagi meningkatkan suhu catalyst. Buat masa ini kami tidak pasti samaada sistem ini akan dipadankan dengan enjin 6 silinder petrol ataupun 6 silinder diesel Mazda
Dalam pandu uji Mazda CX-9 2 tahun lepas, kami mendapati walaupun dipadankan dengan enjin 2500cc, penggunaan petrol CX-9 adalah jauh lebih baik berbanding dengan X70 yang dipasang dengan enjin 1800cc turbo dan masalah turbo-lag adalah sangat minima.