Buletin

HYUNDAI STARIA KINDER BAS SEKOLAH PALING KACAK DAN SELAMAT

Hyundai mendedahkan bas sekolah dibangunkan berdasarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Staria di pasaran Korea Selatan dikenali sebagai Staria Kinder.

Model terbaharu itu menawarkan varian 11 dan 15 tempat duduk dengan beberapa ciri tambahan memberi tumpuan kepada aspek keselamatan.

Hyundai Staria Kinder ditawarkan pada harga bermula AS$29,262 (RM121,642) untuk varian 11 tempat duduk.

Varian 15 tempat duduk mendapat tag harga bermula AS$31,475 (RM130,841).

Staria Kinder menampilkan rekaan futuristik dipadankan warna kuning, dilengkapi lampu pada bahagian bumbung, depan dan belakang.

Ia turut hadir dengan tanda berhenti yang boleh ditarik pada bahagian pemandu untuk memastikan keselamatan penumpang.

Ruang dalaman pula, Staria Kinder didatangkan tempat duduk berwarna kuning hitam direka khas untuk menyesuaikan tali pinggang keledar bagi memenuhi ketinggian berbeza kanak-kanak.

Ciri- ciri keselamatan lain termasuk Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Tukar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Sistem Cegah Trafik Lintasan Belakang (RCTA). – carscoops/motor1

Google ads
Back to top button