Buletin

CASTROL POWER1 ULTIMATE MASUK PASARAN MALAYSIA

Jenama Castrol yang merupakan antara syarikat peneraju minyak pelincir tanah air melancarkan minyak enjin sintetik terbaharu Castrol POWER1 Ultimate.

Produk terbaharu khusus untuk kenderaan roda dua itu, yang dibangunkan dengan formula 5 dalam 1 mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan.

Minyak pelincir Castrol POWER1 Ultimate Full Synthetic menawarkan pilihan dipadankan pada kenderaan roda dua seperti 5W-40 sesuai untuk motosikal berkuasa rendah dan skuter manakala 10W-50 direka khas bagi jentera superbike.

Selain meningkatkan prestasi dan ketahanan, minyak pelincir terbaharu tersebut juga mengekalkan reputasi Castrol dalam memastikan perlindungan enjin terus terpelihara.

Castrol POWER1 Ultimate menawarkan prestasi merangkumi lima perkara utama iaitu: –

Pecutan

  • Ia terbukti memberi prestasi terbaik berbanding jenama lain dengan ujian dilakukan ke atas enjin jentera Honda CBR300 dan Honda ANC125.

Perlindungan

  • Minyak pelincir baharu itu menawarkan perlindungan sebanyak 50 peratus mengatasi had industri pada motosikal dan skuter.

Melancarkan Tunggangan

  • Ia membolehkan tunggangan lebih lancar dengan pelbagai kelajuan enjin serta memastikan klac berfungsi lebih baik dan tidak tergelincir.

Memastikan Enjin Sejuk

  • Produk terbaharu itu dapat mengekalkan enjin sentiasa sejuk walaupun telah melalui ujian sejauh 12,000 km.

Prestasi Ketahanan

  • Ia mengekalkan 95 peratus prestasi asal dalam ujian ketahanan litar lumba sejauh 48,000 km sekali gus membuktikan kemampuan prestasi berkekalan.

Castrol POWER1 Ultimate boleh didapati di Castrol Bike Point dan kedai rasmi Castrol Shopee (www.shopee.com/castrol.os).

Harga pengenalan Castrol POWER1 Ultimate bermula pada harga RM55.

Untuk keterangan lanjut mengenai prosuk terbaharu itu boleh melayari laman Facebook https://www.facebook.com/castrolmalaysia/ atau https://www.castrol.com/en_my/malaysia/home.html.

Google ads
Back to top button