Artikel Pilihan

MAZDA SUDAH GILA. MX5 GENERASI 5 – GUNA ENJIN 2.5

Mazda Miata ND sudah memasuki tahun pengeluaran yang ke 10 pada tahun ini, menandakan Mazda akan terus menghasilkan Miata dan memanjangkan jangka hayat kereta sport 2 pintu ini selama yang boleh

Umum mengetahui kos pembangunan kereta sport 2 pintu dengan jumlah jualan yang sedikit amatlah mahal. Namun pada masa yang sama Mazda perlu menghasilkan model generasi yang ke 5 secepat mungkin bagi memenuhi kehendak pengguna yang baru

Namun mengikut CTO (Chief Technical Officer Mazda) Ryuichi Umeshita menegaskan Mazda akan sentiasa menggunakan falsafah utama dalam pembangunannya iaitu ringan dan falsafah kedua turut menghalang penggunaan mana-mana teknologi yang menyebabkan Miata menjadi bertambah berat

Maka pembangunan Miata generasi ke 5 tidak akan menggunakan sebarang teknologi turbo, hibrid mahupun elektrik sepenuhnya. Sebaliknya Mazda akan mengekalkan enjin 4 silinder aspirasi normal sebagai trenkuasa utama selain digandingkan dengan transmisi manual 4 kelajuan.

Malah CTO Mazda juga menegaskan berat keseluruhan Miata generasi ke 5 tidak akan melebihi 1000kg serta panjang tidak lebih daripada 4000mm. Bagi memenuhi aspirasi ini dan pada masa sama mematuhi regulasi pelepasan asap Euro 7 & California LEV IV, Mazda sibuk membangunkan enjin SkyActiv Z

Enjin dengan pembakaran Lambda 1 ini akan menggunakan sistem penghantaran petrol yang sangat tepat sepanjang RPM dari rendah dan tinggi bagi memastikan pembakaran petrol dalam enjin sentiasa berlaku pada nisbah 14.7:1

Namun jika enjin 2000cc yang sama digunakan dan menggunakan nisbah lambda, besar kemungkinan enjin 2000cc yang asal digunakan oleh Mazda akan menjadi kurang berkuasa dalam keadaan aspirasi normal (NA)

Jadi jalan terbaik yang dijumpai oleh Mazda ialah dengan menukar enjin kepada 2500cc yang sedang dihasilkan oleh Mazda sekarang. CTO Mazda memberi keyakinan enjin baru akan memberikan bacaan bahan api yang lebih baik, mengekalkan kuasa yang sama dan lebih bersih

CTO Mazda juga memberi jaminan yang transmisi manual 6 kelajuan akan dikekalkan bagi memastikan konsep Jinba Ittai yang digunakan oleh Mazda akan terpelihara sewaktu pengenalan model baru

Namun buat masa ini Mazda Miata generasi ke 5 masih lagi dalam fasa pembangunan dan belum lagi dimuktamadkan. Model prototaip hanya akan dapat dikesan menjelang hujung tahun 2025 atau awal tahun 2026

Antara elemen lain yang diketengahkan oleh Mazda menerusi pembangunan generasi ke 5 ialah berat Miata menjadi semakin ringan, enjin dengan kuasa yang sama dan transmisi manual 6 kelajuan. Ini bermakna power to weight ratio Miata akan menjadi lebih baik

Google ads
Back to top button