Artikel Pilihan

MAZDA RANCANG ENJIN BARU, SKYACTIV Z. LULUS UJIAN EURO 7

Pada awal bulan November, Mazda dilaporkan bakal membangunkan satu lagi enjin generasi baru yang dikenali dengan nama SkyActiv Z. Enjin ini akan menggantikan enjin lama yang digunakan seperti enjin SkyActiv G dan juga SkyActiv X yang gagal meraih populariti di pasaran utama Mazda di Amerika

Penemuan berkenaan rancangan Mazda ini dibuat selepas media menemui beberapa laporan rancangan perniagaan dan laporan kewangan Mazda. Dalam laporan yang sama terdapat satu terma enjin baru yang disebut sebagai enjin SkyActiv Z, yang akan dihasilkan dalam varian 4 silinder dan juga 6 silinder

Mazda merupakan antara syarikat automotif yang masih lagi memberikan fokus dan pembangunan kepada enjin pembakaran dalam selain Toyota dan juga Subaru bagi pasaran Jepun. Malah kajian dan pembangunan Mazda juga boleh dilihat dengan pembangunan enjin yang unik seperti enjin rotari

Dalam proses pembakaran bahan api dan udara dalam enjin, proses ini berlaku dalam sela masa yang sangat singkat iaitu sekitar 2 milisaat sahaja untuk campuran ini terbakar pada 6000 RPM. Ia merupakan satu sela masa yang sangat singkat untuk 90% campuran terbakar dengan sempurna

Bagi setiap satu molekul bahan api atau petrol untuk terbakar dengan sempurna, ia memerlukan sekitar 14.7 molekul udara untuk terbakar dalam keadaan stokiometric. Persamaan pembakaran ini adalah seperti berikut:

25 O2 + 2 C8H18 → 16 CO2 + 18 H2O + tenaga

Nisbah 14.7 : 1 ini adalah nisbah asas, dan sekiranya ia boleh dicapai pembakaran ini disebut sebagai pembakaran λ (lambda)

Apabila pembakaran λ (lambda) berlaku, nisbah udara dan bahan api adalah sangat ideal dan efisyen, berupaya mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan bahan cemar lain dengan berkesan. Namun dalam keadaan pemanduan seharian, situasi ideal ini sangat sukar untuk dicapai

Kebiasaanya enjin akan cuba beroperasi pada nisbah udara : bahan api menghampiri kepada angka 14.7:1. Sebagai contoh nisbah antara 13 – 14 :1. Sekiranya nisbah udara ialah 13, maka kiraan λ (lambda) ialah 13/14.7 = lambda 0.88

Sekiranya nilai lambda ialah kurang dari angka 1, pembakaran ini bermaksud menggunakan pembakaran rich mixture iaitu ratio bahan api lebih banyak berbanding dengan udara yang digunakan. Rich mixture biasa digunakan pada RPM tinggi, ketika kuasa enjin diperlukan dan pada waktu pagi yang sejuk

Sebagai contoh enjin SkyActiv G akan beroperasi dalam menghampiri rich fuel mixture.

Namun bagi enjin SkyActiv X, ia akan beroperasi dengan nisbah udara : bahan api yang lebih tinggi, sehingga 40:1. Jadi kiraan lambda bagi pembakaran enjin ini ialah 2.72, ini bermaksud enjin ini beroperasi dalam keadaan lean combustion, hanya sedikit sahaja bahan api digunakan

Namun enjin ini boleh beroperasi dengan bantuan proses pembakaran petrol seakan-akan pembakaran diesel yang dinamakan sebagai Homogeneous Charge Compression Ignition (HCCI). Namun pembakaran ini sangat susah untuk dibuat dan hanya akan berlaku dalam keadaan benar-benar ideal

Bagi membolehkan enjin SkyActiv X ini beroperasi, Mazda memerlukan sistem supercaj bagi membekalkan kuantiti udara yang tinggi pada enjin ini. Keadaan ini menyebabkan rekaan enjin menjadi sangat rumit. Malah enjin SkyActiv X juga kurang popular di Amerika yang menjadi pasaran utama Mazda

Jadi Mazda memilih untuk membangunkan enjin baru yang dinamakan sebagai SkyActiv Z yang boleh beroperasi dengan nisbah 14.7 : 1 sepanjang masa samaada pada RPM rendah, pertengahan dan juga RPM tinggi. Malah enjin ini juga boleh menjadi enjin prestasi tinggi dan pada masa yang sama mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang lebih rendah.

Sasaran Mazda ialah untuk memastikan enjin 4 dan 6 silinder yang terbaru ini melepas ujian pelepasan asap EPA Tier 4 di Amerika dan juga Euro 7 bagi pasaran di benua Eropah

Google ads
Back to top button