MAZDA MIATA 2024 TERIMA NAIKTARAF MEKANIKAL, DSC TRACK MODE
Pasaran Australia dan Jepun merupakan pasaran pertama yang akan menerima Mazda Miata 2024 yang dinaiktaraf, menjadikan Mazda Miata ND varian terbaru adalah varian yang paling mengujakan untuk dipandu terutama dengan beberapa ciri khas untuk kegunaan litar.
Antara ciri yang paling menarik yang bakal diperkenalkan pada Mazda Miata 2024 ialah ciri DSC Track Mode serta Asymmetric Limited Slip Differential. Pada peminat manual, anda beruntung kerana ciri ini hanya akan dipasang pada varian manual 6 kelajuan sahaja.
DCS Track hanya ditawarkan pada model flagship sahaja, membantu pemandu melakukan drift terkawal tanpa terbabas. Secara asasnya DSC Track akan mula masuk dan membantu pemandu sekiranya sistem ini mengesan taya belakang mulai spin tanpa kawalan
Asymmetrical LSD pula akan menjadikan Miata lebih stabil apabila melalui selekoh pada kelajuan tinggi, dengan mengenakan tekanan yang berbeza pada differential gear berdasarkan input pemandu. Beberapa perubahan kecil juga ditambah pada LSD ini menjadikan Miata lebih stabil ketika membrek di selekoh
LSD ini juga telah direka supaya serasi dengan enjin, sistem suspensi dan tayar yang digunakan oleh Miata. Ini menjadikan Miata lebih responsif pada input yang diberikan oleh pemandu baik bagi pemandu di litar mahupun untuk pemanduan dalam bandar
Mazda juga telah merubah rekaan pedal minyak, sistem stering dan bunyi enjin bagi menjadikan respon Mazda Miata lebih baik bagi versi manual 6 kelajuan. Mazda melaporkan rekaan terbaru ini memberikan sensasi pemanduan yang lebih neutral apabila pemandu melepaskan pedal minyak dan modulasi pedal minyak lebih senang dilakukan
Sistem stering elektrik dengan motor elektrik juga telah dirombak semula, menjadikan respon Miata lebih lincah dan tepat. Mazda juga melaporkan stering terbaru rekaan mereka memberikan rasa pemanduan yang lebih berkomunikasi dengan permukaan jalan
Enjin 2000cc SkyActiv yang diperkenalkan pada tahun 2018 dikekalkan, menghasilkan 181 kuasa kuda dan 204 Nm tork, dengan bunyi enjin disuap terus ke pemandu bagi bunyi mekanikal yang lebih padu. Skrin multimedia diganti dengan skrin lebih besar bersaiz 8.8 inci serta diberikan perisian terbaru Mazda Connect, serta balutan kulit Nappa dengan jahitan berganda pada kusyen dan papan pemuka
Lampu LED DRL juga telah diintegrasikan terus pada lampu depan bagi rekaan yang lebih bergaya manakala lampu belakang telah diganti dengan mentol LED yang lebih terang. Mazda Miata 2024 turut ditawarkan dalam pilihan warna yang lebih banyak
Anataranya ialah Snowflake White Pearl Mica, Zircon Sand Metallic, Deep Crystal Blue Mica, Soul Red Crystal Metallic, Machine Grey Metallic, dan Jet Black Mica. Satu lagi warna baru turut diperkenalkan dikenali dengan nama Aero Grey Metallic.