
TULAR PEMANDU DI INDIA AKTIF CIRI ADAS, SELAMBA MAIN KAD
Umum mengetahui bahawa ADAS adalah singkatan dari Advanced Driver Assistance System, di mana ciri-ciri ini bertujuan untuk membantu pemanduan lebih selamat.
Ceritanya berbeza pula di India apabila pemilik kereta yang dilengkapi ADAS didapati bermain-main dengan ciri-ciri tersebut atau agak terlalu berlebihan.
Tular baru-baru ini memaparkan seorang pemilik kereta memandu begitu laju dengan ciri ADAS diaktifkan selain, dilihat kereta dipandu tanpa sesiapa di tempat duduk pemandu.

Dari video berkenaan, pemandu dan juga penumpang sedang bermain kad sehingga ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain.
Lebih teruk lagi, orang lain juga mendapat idea sedemikian dan seterusnya mencipta lebih banyak kandungan serupa di media sosial.
Tetapi bukan itu sahaja, terdapat juga ramai orang yang terlalu bergantung pada ciri ADAS, sehinggakan mereka bergantung pada ciri AEB (Autonomous Emergency Braking) sepanjang masa.
Suka diingatkan bahawa ciri ADAS direka untuk tujuan tertentu dan jika anda menggunakannya dengan betul, ia boleh menjadi sangat mudah.
Tetapi bukan bermakna anda sebagai pemandu tidak memberikan tumpuan 100 peratus semasa memandu. Selain nyawa anda, harus diingat bahawa pengguna jalan raya juga sentiasa ingin melakukan perjalanan dengan selamat.
- BACA: AUSTRALIA SELATAN PERKENALKAN LESEN KHAS SUPERCAR DAN DENDA LEBIH TINGGI UNTUK PEMANDUAN BERBAHAYA
- BACA: INTERSTATE 96 CONNECTICUT HURU HARA AKIBAT TUMPAHAN NAJIS MANUSIA – BAHAYA JUGA SISA ORGANIK NI
- BACA: PANDU SECARA MERBAHAYA, POLIS PERANCIS LENYEK KERETA BMW E36 3 SERIES
- BACA: LELAKI TABUR DUIT RM880K DARI TINGKAP KERETA DI LEBUH RAYA, BAHAYAKAN LALU LINTAS







