Buletin

MAZDA3 MENANG REKA BENTUK DUNIA (WCOTY) 2020!

Kecantikan kereta buatan Mazda sering disebut-sebut sama ada di dalam ruang jurnalis atau media sosial. Kini terpahat di dalam sejarah apabila Mazda3 memenangi Anugerah Reka Bentuk Kereta Dunia (World Car Design of the Year) 2020.

Ini adalah kemenangan kedua buat Mazda selepas MX-5 dinobatkan anugerah yang sama pada 2016.

Di sebalik keanggunan kereta Mazda ialah falsafah reka bentuk Kodo yang dimulakan pada tahun 2010.

Mazda3 dilancarkan pada 2019 dan merupakan model pertama yang membawa evolusi terbaru gaya bahasa Kodo.

Gayaan terbaru lebih matang dengan ciri minimalis dan estetika less-is-more yang diinspirasi dari tradisi kesenian Jepun.

Jika penerangan tersebut terlalu berfalsafah, lihat sahaja Mazda3 sedan dan hatchback yang sudah berada di negara kita.

Ia seperti sebuah seni bergerak di atas empat roda dan sangat berbeza dengan model lain.

Mazda3 tenang dan bersahaja, tidak agresif dan nampak sebati dengan persekitaran.

Mazda sebenarnya telah meraih pelbagai kejayaan di dalam Anugerah Kereta dengan tahun ini diadili 86 juri yang juga jurnalis automotif.

Mazda2 menang WCOTY 2008 dan pada 2016, MX-5 adalah satu-satunya kereta yang memenangi WCOTY dan reka bentuk dunia.

Mazda3 dilancarkan di negara kita pada Julai 2019 dengan model sedan dan hatchback diimport terus dari Jepun.

Ada dua jenis enjin SkyActiv-G ditawarkan iaitu 1.5 liter berkuasa 118 hp pada 6,000 rpm dan tork 153 Nm pada 4,000 rpm.

Satu lagi pilihan ialah 2.0 liter berkuasa 162 hp pada 6,000 rpm dan tork 213 Nm pada 4,000 rpm.

Kedua-dua enjin itu dipadan bersama transmisi enam kelajuan automatik SkyActiv-Drive.

Varian asas 1.5L ditawarkan untuk model sedan dan hatchback manakala 2.0L untuk sedan sahaja, harga permulaan ialah dari RM140,000 hingga RM160,000.

BACA: MAZDA RX-7, ENJIN ROTARY KERETA IKONIK!

BACA: PADA 2006 MAZDA8 DIPERKENAL DI JEPUN, DI MALAYSIA PADA 2008

BACA: MAZDA3 TCR, 2.0L TURBO 350 BHP!

Google ads
Back to top button