Buletin

VAUXHALL VXR8 GTS-R, ENJIN LSA 6.2L V8!

Vauxhall Motors merupakan satu dari beberapa pengeluar kenderaan yang berusia lebih 100 tahun. Syarikat itu mula mengeluarkan kenderaan di United Kingdom pada 1903.

Vauxhall merupakan syarikat automotif tertua Britain dan sejak 2017 berada di bawah Groupe PSA. Sebelum itu Vauxhall berada di bawah pemilikan General Motors sejak 1925.

Di bawah GM, Vauxhall mempunyai banyak model menarik memandangkan konglomerat Amerika Syarikat itu menaungi banyak jenama automotif dunia.

Di antara model hebat dan berkuasa Vauxhall ialah VXR8 GTS-R. Ia adalah varian terakhir dan istimewa dari siri VXR8 yang mula memasuki pasaran UK pada 2007 dan dihentikan pada 2017.

VXR8 dibina dari dua model berbeza yang dikeluarkan oleh Holden Special Vehicles iaitu HSV Clubsport (2007-2009) dan HSV GTS (2010-2017).

VXR8 adalah model gantian Vauxhall Monaro VXR dan Vauxhall Omega/Carlton dan pada peringkat awal menggunakan enjin LS2 Gen IV 6.0 liter V8 berkuasa 411 bhp.

VXR8 GTS-R pula digerakkan enjin GTS 6.2 liter V8 supercas dengan kuasa yang ditingkatkan dari 576 PS kepada 595 PS dan tork 740Nm.

VXR8 GTS-R adalah model Vauxhall paling berkuasa dalam sejarah syarikat yang berusia 117 tahun.

Enjin LSA 6,162cc GTS-R mempunyai daya pecutan 0 hingga 97 km/j dalam masa 5.1 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 249 km/j.

Model ini dilengkapi limited slip differential (LSD) pada roda belakang dan menggunakan torque vectoring system sama seperti GTS.

Sistem brek ditingkatkan kepada enam omboh, angkup monoblock dan cakera depan 410mm.

GTS-R menggunakan roda forged aloi 20 inci baharu dengan lebar sepuluh inci pada bahagian belakang. 

Dari luar, GTS-R menerima beberapa perubahan pada bahagian depan, splitter, sirip dan corong gentian karbon.

Di belakang, GTS-R mempunyai diffuser gayaan baharu, spoiler dengan bahagian atas gentian karbon, panel bawah, ekzos empat saluran dengan muncung berbentuk berlian.

Vauxhall VXR8 GTS-R ini sangat rare dengan hanya 15 unit dibawa ke UK dan dijual pada harga £74,500.

Tags
Google ads
Back to top button