PEMILIK BENGANG TRAK DICURI, KESAN GUNA APPLE AIRTAGS, SUSPEK DIBUNUH
Seorang lelaki di Texas menggunakan Apple AirTag untuk mengesan trak miliknya yang dicuri sebelum menembak dan membunuh suspek.
Menurut polis, pemilik trak telah membuat laporan polis sebelum memilih bertindak sendirian tanpa sempat pihak berkuasa mengambil tindakan.
“Suspek kes curi adalah seorang lelaki berusia 30-an dan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelas pegawai polis, Soliz.
Identiti penembak serta suspek walau bagaimanapun masih belum didedahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Sekiranya kenderaan anda dicuri, saya tahu ia mengecewakan tetapi tolong jangan ambil tindakan seperti ini,” kata Soliz.
Sebelum ini, alat baharu dari Apple itu mendapat kritikan kerana AirTag boleh disalahgunakan. Ini kerana ia bukan hanya mengesan barangan, malah digunakan sebagai alat pengintip keberadaan orang awam.
- BACA: CUBAAN CURI KERETA GAGAL – PENCURI TAK RETI PANDU KERETA MANUAL
- BACA: PEGAWAI POLIS THAILAND DITAHAN, MILIKI KERETA CURI DARI MALAYSIA
- BACA: PENCURI BERUSIA 15 TAHUN REMUKKAN CORVETTE Z06 SELEPAS DIKEJAR POLIS – HEBAT KAU NAK
- BACA: CURI NAVARA DI SHOWROOM NISSAN DI SABAH, JUAL RM10K SAHAJA. SUSPEK SUDAH DITAHAN POLIS