
TESLA DILANCARKAN SECARA RASMI 20 JULAI INI – BAWA MASUK MODEL Y DAN MODEL 3?
Selepas diumumkan bakal membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia bulan Mac lalu, Tesla akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai ini.
Tesla turut memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.
Kemasukan Tesla ke Malaysia dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan.

Inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia selain menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem bagi menyokong penggunaan BEV.
Untuk rekod, Tesla merupakan pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini.
Walau bagaimanapun, Tesla masih belum mendedahkan model yang akan dibawa masuk oleh Tesla ke Malaysia sempena pelancaran rasmi itu.
Berdasarkan pasaran di Singapura dan Thailand, Tesla berkemungkinan besar menampilkan Model Y dan Model 3 ke Malaysia.
Di Singapura, Model Y dijual pada harga bermula S$87,990 (kira-kira RM303,000) manakala Model 3 diberi tanda harga bermula S$75,990 (kira-kira RM262,000).
Sementara itu, di Thailand, model Y dijual daripada 1.959 juta baht (kira-kira RM260,000) dengan Model 3 bernilai 1.759 juta baht (kira-kira RM233,000). – Berita Harian
- BACA: 10 EV TERBAIK US 2023, TESLA LANGSUNG TIDAK TERSENARAI
- BACA: GIGA LAB BAHARU TESLA MAMPU BINA EV DALAM MASA 45 SAAT – “TIADA APA YANG MUSTAHIL,” KATA ELON MUSK
- BACA: TESLA MODEL S PLAID TRACK PACK, CATAT MASA TERPANTAS DI NURBURGRING
- BACA: PUSAT TESLA THAILAND BAKAL DIBUKA DI RAMKHAMHAENG JULAI INI







