
CHINA ATASI JEPUN SEBAGAI PENGEKSPORT TERBESAR SUKU PERTAMA 2023 – MENINGKAT 76 PERATUS!
Pembuat kereta asal China nampak gayanya terus melangkah jauh dan meninggalkan pesaing dengan prestasi mengagumkan, termasuk baru-baru ini, mencatat peningkatan dari segi jumlah eksport.
Pada tahun lalu, China berjaya mengatasi Jerman untuk menjadi pengeksport kedua terbesar, merekodkan 3.32 juta kenderaan.
Terbaru, China sekali lagi mencipta rekod apabila berhasil mengatasi Jepun, meningkat sebanyak 76 peratus, sekali gus meletakkan China berada di tempat teratas pada suku pertama 2023.

Walaupun permintaan untuk kenderaan baharu di China semakin berkurangan, pertumbuhan dalam pasaran eksport menyebabkan industri automotif China agak sibuk.
Antara faktor utama kenderaan China berkembang pesat adalah pembuat kereta China tidak dilanda isu rantaian bekalan yang serius atau kekurangan semikonduktor.
Selain itu, China juga mengambil kesempatan daripada perubahan drastik dalam landskap automotif Rusia berikutan perang di Ukraine. Pada 2022, Rusia menyumbang 5 peratus daripada eksport kenderaan China tetapi jumlah ini dijangka terus berkembang pada masa hadapan.
Di Eropah, China lebih bijak menyusun strategi untuk meyakinkan pengguna terhadapa jenama dari China. Untuk rekod, Belgium ialah pasaran paling kukuh kerana ia menyumbang 6 peratus daripada eksport kenderaan China, manakala 4 peratus lagi berakhir di UK.
Tambahan, pembuat kereta lain seperti BYD turut merancang untuk membina kilang di Eropah, di mana ia mampu membantu mereka mengelak daripada duti kastam dan meningkatkan imej jenama itu di sana.
Secara keseluruhan, Mexico ialah pasaran eksport kenderaan terbesar di China (8 peratus) pada 2022 dan kebanyakannya disebabkan oleh tawaran popular GM.
Walau bagaimanapun, tiada jalan mudah bagi pengeluar kenderaan baharu China di pasaran Amerika Syarikat, India dan Turkiye kerana terdapat pelbagai kekangan antaranya ketegangan politik, tarif 25 peratus selain tiada sokongan daripada pihak kerajaan.
Sehingga kini, masa depan terdengar menjanjikan bagi pembuat kereta China yang mempunyai kepakaran dalam mereka bentuk, kejuruteraan serta memperolehi pelbagai maklumat daripada pesaing mereka.
- BACA: ‘KUBUR’ EV CHINA – SISI GELAP PEMBUAT EV DEMI SUBSIDI KERAJAAN
- BACA: CHINA EKSPORT LEBIH 900,000 KENDERAAN KE KOREA SELATAN – HYUNDAI, KIA TERCIDUK
- BACA: JENAMA CHINA DOMINASI PASARAN EV THAILAND – FAKTOR RANTAIAN BEKALAN, KOS LOGISTIK
- BACA: CHINA KUASAI PASARAN JERMAN – EKSPORT 28.2 PERATUS KERETA ELEKTRIK