Artikel Pilihan

VIDEO AKSI GTA ANTARA POLIS DAN BAS SEKOLAH CURI DI LADANG JAGUNG – MERIAH BETUL

Aksi kejar mengejar antara pasukan polis dan seorang perampas bas sekolah telah tersebar baru-baru ini. Ia dikatakan bermula di Cincinnati, Ohio minggu lepas dan bergerak merentasi sempadan beberapa daerah. Syukurlah tiada penumpang ataupun murid-murid sekolah di dalamnya ketika kejadian.

Saspek yang dikenali dengan nama Chad Murdock berusia 32 tahun dikatakan telah merampas bas sekolah tersebut sebelum memulakan drama kejar-mengejar dengan pihak berkuasa.

Aksi kejar mengejar tersebut boleh dikatakan cukup panjang dan merentasi lautan ladang jagung sebelum berakhir di kawasan pedalaman Indiana.

Bas tersebut dicuri sewaktu pemandunya berhenti seketika untuk memeriksa laluan yang akan digunakan pada musim panas sebelum dilarikan oleh saspek.

Video peringkat awal menunjukkan bas sekolah tersebut dikejar oleh 5 buah kenderaan polis sebelum saspek memandu terus ke ladang jagung. Hanya beberapa SUV polis yang mampu melakukan kejaran di ladang jagung sebelum disertai oleh hampir sedozen lagi kenderaan penguatkuasa termasuklah menggunakan helikopter. Tinggi betul heat level mamat ni.

Kalau dapat korang saksikan bukan hanya ladang jagung dicerobohnya, bas tersebut turut dipandu di laman belakang kediaman, melanggar longkang dan pagar malah turut menghampiri pinggiran kawasan perkuburan.

Setengah ladang jagung nampak baharu dituai tapi ada juga yang baharu melalui proses semaian. Naya kat tuan ladang. Tak tahulah berapa kerugian semua tu.

Murdoch turut berjaya mengelak kayu berpaku yang digunakan pihak berkuasa pada peringkat sebelum tayar bas sekolah tersebut bocor. Akhirnya beliau berjaya dihentikan dan ditahan tanpa sebarang insiden tapi beberapa buah kenderaan polis turut mengalami kerosakan. Gila kau, dah la pandu melompat-lompat dalam ladang jagung.

Murdoch dikenakan beberapa pertuduhan antaranya memiliki kenderaan curi, jenayah memandu kenderaan secara cuai, salah laku jenayah dan melarikan diri dari pihak berkuasa. Masak la kau wei. Memang sah ke dalam la jawabnya.

Google ads
Back to top button