Artikel Pilihan

MISTERI NUSANTARA KERETA TOYOTA. REKAAN MACAM NI PUN ADA??

Sebut saja nama Toyota, semua orang mesti kenal dengan model yang dihasilkan. Vios Dugong, Starlet Kambing, Hilux, Tundra, Prius, dan subsidiari Toyota seperti Lexus LFA, dan Lexus LC500 ini antara contoh kemampuan Toyota menghasilkan pelbagai jenis kenderaan.

Maka tidak hairanlah Toyota merupakan jenama yang menjual kereta dengan 8 juta unit dijual di seluruh dunia. Namun tahukah anda Toyota juga menghasilkan beberapa model yang SEJUK dan kalau dijual di Malaysia penulis yakin sambutan jualannya mungkin suam suam kuku atau laku seperti Kenari.

1. Toyota Mega Cruiser – diilhamkan daripada rekaan Hummer H1 dan dibina khusus untuk kegunaan Japan Self Defense Force. Ia dikuasakan dengan enjin 4 silinder 4.1 Turbodisel yang memberi fokus untuk menghasilkan tork yang tinggi pada RPM rendah.

Ia digunakan untuk membawa radar, misil SAM, menunda meriam dan membawa misil anti kereta kebal. Sama seperti Humvee, Toyota turut menghasilkan varian untuk dijual kepada pasaran terbuka (JDM) dengan varian BXD20. Namun cukai adalah tinggi disebabkan saiz kereta dan enjin.

Dengan harga mencecah 100k USD, hanya 132 unit sahaja yang berjaya dijual di antara tahun 1996-2001.

2. Toyota Verossa – menggunakan rekaan FR iaitu enjin di depan dengan pacuan belakang. Sama seperti Toyota Mark X dan juga Altezza, ia dipadankan dengan 2 pilihan enjin samaada 2000cc 4 silinder ataupun 2500cc 6 silinder sebaris. Cesinya diperkukuhkan dengan struktur X pada platform untuk pengendalian yang bagus

Toyota cuba menghasilkan pengganti Chaser dengan model ini. Namun disebabkan rekaannya yang cantik sedikit daripada Tiara, hanya 24,000 unit sahaja yang terjual antara 2001-2004.

3. Toyota Will Vi – ia merupakan idea untuk menghasilkan beberapa produk yang memberi fokus untuk kegunaan generasi muda. Will merangkumi peralatan elektrik (dibekalkan oleh Panasonic) dan juga beberapa peralatan penjagaan diri termasuk syampu (what the heck)

Untuk menarik golongan muda, ia direka dengan begitu pelik sekali. Maaf ia merupakan sebuah kereta sedan walaupun anda nampak seperti sebuah kereta kompak. Sesetengah varian memiliki bumbung yang dibuat daripada kanvas yang boleh digulung untuk menghasilkan sebuah convertible.

Will Vi dihasilkan antara bulan Januari 2000 sehingga bulan Disember 2001, namun Toyota tidak pernah mengisytiharkan bilangan unit yang terjual dalam masa 2 tahun tersebut. Toyota menggunakan model ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan rekaan baru mereka bagi menghasilkan rekaan yang lebih baik pada mada depan.

4. Toyota Voltz – merupakan sebuah Pontiac Vibe, yang dihasilkan secara usahasama antara Toyota dan General Motor di fasiliti pemasangan di California. Cesi asalnya diasaskan daripada Toyota Matrix dan rekaan luarnya dibangunkan khusus untuk pasaran Amerika.

Mungkin kerana mahu mencuba nasib, Toyota Jepun mengimport Pontiac Vibe dan melakukan proses rebadge dan dijual sebagai Toyota Voltz. Namun yang kelakarnya logo depan masih menggunakan logo Pontiac. Pengguna Jepun memberi reaksi negatif pada kereta ini, kenapa perlu membeli Toyota Import yang mahal?

Sudah la asalnya jenama Amerika pulak tue manakala rekaan dalamannya menggunakan rekaan Toyota Matrix. Hanya 9000 unit model ini dijual di Jepun. Kembarnya iaitu Toyota Matrix mendapat sambutan yang lebih baik di pasaran Kanada berbanding Voltz.

5. Toyota Sera- jika anda meminati sebuah kereta mampu milik dengan pintu yang boleh dibuka ke atas (butterfly door) sama seperti yang digunakan oleh McLaren F1. Sera merupakan model pertama yang menggunakan pintu jenis ini untuk dipasang pada model mampu milik.

Sera menggunakan rekaan kompak 3 pintu dengan susunan tempat duduk 2+2. Antara ciri lain yang unik pada Sera ialah bumbung kaca (glass roof canopy) yang akan terbuka apabila pintu dibuka. Walaupun nampak sporti, ia hanya menggunakan enjin 1500cc 4 silinder yang menjana sekitar 104 kuasa kuda sahaja.

Tambah pelik apabila sistem suspensi direka dengan spring yang lembut. Ia kelihatan agak janggal apabila sebuah kereta dengan pintu seperti sebuah kereta super, namun pengendaliannya seperti sampan dan enjin yang laju sedikit dari mesin kubota. Hanya 16 ribu unit dikeluarkan di Jepun antara 1990-1996.

6. Toyota bB Open Deck – ia merupakan derivatif daripada Toyota Vitz namun dipasarkan dibawah jenama Scion Xb di Amerika. Walaupun memiliki rekaan seperti kotak kurma, dengan rekaan 5 pintu ia menghasilkan ruang dalaman yang luas, selesa dan juga versatil.

Sehinggala jurutera Toyota mengambil keputusan untuk memotong bumbung bB dan menggantikanya dengan rekaan open bed pada bahagian belakang sama seperti Hilux. Bagi menyerlahkan “kehailakannya” memasang sport bar pada bahagian open deck tersebut.

Bukan itu sahaja, model Open Deck ini juga menggunakan rekaan suicide door yang biasa dipasang pada kereta sport Mazda RX8. Cermin dan bahagian belakang boleh dibuka sepenuhnya atas alasan untuk memuatkan barang panjang.

Anda boleh tonton video iklan Toyota bB open Deck di SINI

Google ads
Back to top button