Artikel Pilihan

TANGGAL 1 MEI 1994 IALAH HARI KEMATIAN LAGENDA F1 – AYRTON SENNA

1 Mei adalah tarikh yang istimewa kerana ia adalah Hari Pekerja yang juga dikenali sebagai Hari Buruh. Ia biasanya adalah hari cuti umum tapi tahun ni tak terasa sangat sebab dah lama pun kita cuti akibat wabak Covic19. Tapi bagi peminat sukan perlumbaan khususnya Formula Satu, 1 Mei juga mencatat sejarah hitam F1 kerana pada 1 Mei 1994, bekas juara dunia 3 kali Formula Satu (F1) meninggal dunia akibat kemalangan di Litar San Marino, Itali.

Senna merupakan pelumba F1 paling terkenal dari Brazil berusia 34 tahun sewaktu nahas. 1 Mei 1994 kekal menjadi titik hitam dalam sejarah F1 sekaligus mengubah peraturan perlumbaan tersebut sehingga kini.

Lewis Hamilton menyatakan yang Senna merupakan inspirasi beliau sejak dari kecil dan beliau akan kekal menjadi hero dari dulu dan selamanya.

Sehari sebelum kematian Senna, komuniti F1 dikejutkan dengan kematian seorang pelumba Austria, Roland Ratzenberger dalam pusingan kelayakan dan merupakan kematian pertama pelumba F1 dalam masa 12 tahun.

Senna turut terkesan dengan insiden tersebut kerana beliau tidak biasa dengan kemalangan yang melibatkan kematian dalam litar. Kemalangan sentiasa berlaku di litar dalam masa 12 tahun tetapi tidak ada satu pun melibatkan kematian.

Senna turut dinasihatkan oleh rakan beliau agar tidak berlumba tetapi beliau menyatakan yang ada perkara yang di luar kawalan kita. Beliau tidak mahu berhenti dan mahu terus berlumba.

Senna bermula di petak pertama di sebelah Michael Schumacher yang memandu Benetton pada masa itu. Kereta keselamatan memasuki litar selepas pemandu Portugal Pedro Lamy melanggar jentera Benetton JJ Lehto yang gagal bergerak di grid perlumbaan.

Sebaik perlumbaan dimulakan kembali jam 2.17 petang, Senna yang sedang mendahului pasukan Benetton telah terlanggar tembok penahan di Tamburello. Beliau dikejarkan ke hospital dengan helikopter dan perlumbaan tersebut dimenangi oleh Schumacher. Pada jam 6.40 petang hari yang sama, Senna disahkan meninggal dunia.

Ia merupakan perlumbaan ketiga Senna bersama Williams selepas meninggalkan McLaren. Banyak cerita timbul tentang insiden tengah hari tersebut selain persengketaan beliau dengan rakan sepasukan, Alain Prost. Apa yang pasti, peristiwa tersebut mengubah lanskap F1 dari segi ciri keselamatan dan hala tuju F1 hingga ke hari ini.

Pengkebumian Senna dihadiri oleh hampir sejuta peminat dan rakan taulan dan di wilayah kelahiran beliau jumlah mereka yang meratapi kematian beliau dianggarkan berjumlah 3 kali ganda lagi menunjukkan yang betapa besar pengaruh pelumba paling terkenal dari Brazil itu.

Google ads
Back to top button