Artikel Pilihan

BORGWARD BX3 – ADIK BONGSU DALAM KELUARGA SUV

Jenama Borgward sahih sahih ramai yang tak kenal. Asalnya jenama Borgward ini berasal dari Jerman lama dahulu sebelum berlakunya kahwin campur dengan China. Semenjak diberi nafas baharu, Borgward hanya mengkhususkan pengeluaran SUV sahaja dalam katalog mereka. Dan kini mereka perkenalkan SUV kompak terbaharu, Borgward BX3.

Dikalangan ahli keluarga Borgward, mereka menggunapakai BX dan nombor sebagai identiti SUV mereka. Sebelum ini mereka pernah mengeluarkan beberapa model seperti BX5. Dan inilah dia, adik bongsu mereka, Borgward BX3. Penampilan rekaan SUV kompak ini lebih dinamik, malah rekaan fender dan garis badan yang tampak seperti berotot memberikan imej perkasa kepada Borgwad BX3 ini. Itulah hasilnya apabila dua studio rekaan yang berpusat di Stuttgart dan Beijing bergabung.

Rekaan gril berjeriji yang besar itu membuatkan orang akan mudah untuk mengenali model dari Borgward. Penampilan dwi warna dengan bumbung berwarna hitam memberikan rupa yang lebih sporty.

Bahagian kabin SUV kompak ini turut mempunyai aura sporty dengan tempat duduk jenis bucket yang turut disulami dengan warna jingga. Kemasan warna jingga yang sama turut diaplikasikan pada papan pemuka yang turut menampikan rekaan yang sporty. Penggunaan sistem infohiburan bersaiz 8 inci jenis terapung akan memberikan kawalan kepada pemandu untuk mendapatkan info setelah ianya dihubungkan dengan telefon pintar.

Menggerakkan Borgward BX3 ini adalah enjin yang bersesaran 1.4 liter dengan pengecas turbo. Enjin ini dianggap berkuasa dengan tork 250Nm ini dipadangkan pula dengan kotak gear auto enam kelajuan oleh Aisin. Karakter pemanduan pula boleh dipilih sama ada Eco / Sport / Snow.

Dari segi ciri keselamatan, ianya turut didatangkan dengan enam beg udara, ABS, EBD,ESC, HAC, AUTO HOLD, dan juga EPB. Malah, model ini turut menggunakan keluli berkekuatan tinggi, demi memastikan badan kenderaan kekal utuh sewaktu terbabit dalam kemalangan.

Di China, Borgward BX3 dijangka bakal bersaing dengan model seperti Geely Binyue yang mempunyai dimensi saiz yang hampir serupa. Harga yang ditawarkan untuk pasaran China sekitar RMB96.800 hingga RMB130.800 (RM58,961 – RM79,671). Dengan harga sebegitu, pasti tidaklah sesukar mana untuk menjual Borgward BX3 ini.

BACA : PENCABAR BARU KELAS SUV – BORGWARD BX5

BACA : FAW SENIA R9 – LAWA JUGA KAN SEBENARNYA SUV CHINA NI

Google ads

B K

Back to top button