" "
Buletin

TOURISM MALAYSIA, PERODUA METERAI MOC – PROMOSI SEKTOR PELANCONGAN

Tourism Malaysia dan Perodua hari ini memeterai memorandum kerjasama (MoC) selama tiga tahun bertujuan mempromosikan sektor pelancongan di negara ini.

Menurutnya, perjanjian ini akan berkuatkuasa dari tahun 2024 hingga 2026 dan ia dibuat berlandaskan komitmen bersama untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia.

Selain itu, ia juga memudahkan kebolehcapaian termasuk meningkatkan pengalaman pelancong secara keseluruhan.

MoC ini juga bertujuan mencapai beberapa objektif penting yang boleh memberi manfaat kepada industri pelancongan serta ekonomi negara.

Antara objektif menjadi misi penting ialah Kebolehcapaian Dipertingkatkan, Pelancongan Lestari, Pertukaran Budaya, Promosi dan Pemasaran serta Pengalaman Pelanggan.

“Kami teruja untuk memulakan perjalanan baharu dengan Perodua. Kerjasama kami ini menandakan komitmen bersepadu dalam menjadikan Malaysia negara yang menarik kepada pelancong,” kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar.

Tambah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, “Bagi Perodua, kerjasama ini dan objektifnya adalah selari dengan inisiatif ‘mobiliti adalah gaya hidup’ kami.”

Jelasnya lagi, menerusi MoC ini, Perodua boleh mengembangkan model perniagaan baharunya, khasnya langganan kenderaan, dan dalam masa yang sama mendapat maklum balas masa sebenar daripada pelancong asing mengenai pandangan mereka terhadap Perodua.

Google ads
Back to top button