Artikel Pilihan

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION VI RS TOMMI MAKINEN MONTE CARLO EDITION – EVO PALING RARE DI ATAS MUKA BUMI

Lancer Evo memang digilai oleh semua kaki kereta. Namun kegilaan tanpa kemampuan tidak mencukupi untuk meminang sebuah Evo. Kalau anda jenis minat kereta tapi asyik tanya soalan “Kereta ni jimat minyak  tak?” ataupun “Normal ke kereta aku RM50 boleh pergi 500 kilometer?” maka jawapannya anda belum layak menggunakan Lancer Evo. Ini kisah Evo paling rare di atas muka bumi dan anda boleh membelinya kalau mampu kerana ada satu unit untuk dilelong nun di tanah UK sana.

Model Evo yang kami maksudkan ialah Lancer Evo TME RS Monte Carlo Edition. Kenapa ianya dianggap paling rare? Jawapannya ialah kerana hanya 5 unit sahaja varian ini dihasilkan dan ia dianggap sebagai Evo terunggul di dunia. Jauh lagi rare dari Evo VI RSX.

Evo TME memang rare kerana hanya dihasilkan sebanyak 2500 unit tapi RS TME Monte Carlo Edition memang tidak boleh dilawan dari segi jumlah. Ia sebagai memperingati kejayaan kali ketiga berturut Makinen di Rali Monte Carlo.

Kini ada satu unit untuk dilelong di UK dengan perbatuan yang hanya mencecah 3497 batu dan dimiliki oleh satu pemilik dari awal. Lebih menarik lagi kerana inilah unit kelima dan terakhir dari varian ini. Fuhh.

Pemilik asal Evo ini ialah Ralliart UK Ltd. Dan didaftarkan pertama kali pada 11 Julai 2001. Harga bidaan sekarang mencecah RM700,000 dan dijangka terus meningkat sebelum bidaan ditutup. Mahal? Biasa la tu, ini bukan Evo convert yang boleh dibeli dengan harga RM60k.

Evo istimewa ini dilengkapi dengan pengecas turbo titanium, suspensi lebih rendah, stereng yang pantas, naik taraf ekzos, ECU baharu, dalaman transfer case yang diperkuatkan, rekaan bumper berbeza untuk sejukan yang lebih baik dan rim aloi Enkei WRC 17 inci original.

Dah namanya naik taraf dari TME biasa dah tentu ianya lebih hebat. Semua ciri TME standard ada padanya dan ditambah pula dengan pek prestasi enjin Ralliart UK Stage 1 yang memberikan pecutan yang lebih baik, respon pendikit lebih pantas dan penambahbaikan pemanduan keseluruhan.

Tak cukup lagi? Ia turut dilengkapi dengan spring Eibach dengan geometri yang dilaras kembali untuk meningkatkan kawalan. Tambah lagi kotak gear close-ratio perlumbaan dan differential helical spesifikasi rali group N. Memang berapi laju kereta ni nak oii.

Kuasa maksima? Aci potong jari jiran abang dik. Sah-sah lebih dari 276 hp.

Google ads
Back to top button