Modifikasi

DARIPADA 7 MENJADI 9 – INI KISAH MITSUBISHI LANCER EVOLUTION

Tanpa kita sedari, pengaruh EVO dengan kebanyakan dari kita sebenarnya sangat kuat. Terima kasih atas kerjasama Proton dan Mitsubishi suatu ketika dulu, yang memungkinkan semua ini berlaku. Kalau ditanya sebahagian besar pejuang Proton atau turbo hari ini, memang siri legenda inilah yang mereka idamkan.

Keputusan untuk mengeluarkan generasi CT9A sebagai model produksi massa, akhirnya memberi kesan kepada corak milikan model berprestasi ini secara total. Kau tak perlu lagi bersilat menyiapkan sebuah Lancer menjadi EVO macam dulu-dulu. Maklumlah benda dah bersepah. Tunjukkan ajer muka sedih kat kaunter Bank Rakyat. Kalau diizinkan, seminggu lepas tu mesti boleh pakai!

BACA: PREVE ENJIN EVOLUTION

Siri Evolution dibina sebagai sebuah sedan sukan yang praktikal. Nak bawak seisi keluarga boleh, nak merempit di trek hujung minggu pun boleh. Faktor inilah yang mendorong remaja bangka seperti Faizal, memilih EVO VII ini sebagai jentera mainannya. Barang banyak, kawan pun ramai. Apa lagi yang lebih seronok dari semua racun ini.

Walaupun dengan rupa sedia garang, bahagian luar telah dinaik taraf menggunakan kit badan milik EVO IX. Baru nampak hensem sikit. Untuk lebih menyerlah, disediakan beberapa komponen tambahan lain macam cermin sisi Ganador, termasuk hood karbon fiber Voltex GT.

Selari dengan perubahan ini, ruang roda kini dihiasi rim Volk Racing TE37 bersama tayar Achilles berukuran 18-inci. Untuk membetulkan bahagian pengendalian, sistem suspensi dinaik taraf menggunakan komponen dari TEIN.

Generasi EVO disegani kerana dibekalkan dengan enjin siri 4G63T yang mesra ubahsuai, termasuk rekod kejayaannya dalam dunia permotoran. Faizal nampaknya belum lagi terjebak ke arah itu dan perubahan yang dilakukan hanya untuk menyegarkan semula prestasi enjin ini.

Bahagian kepala silinder melalui proses port & polish ringan, sebelum dialas gasket keluli Cometic bagi membetulkan kembali nisbah mampatannya. Untuk sistem pendesak, unit turbo TD05HR asal telah dipertingkatkan dengan kit kompresor 20G, diikuti tambahan wastegate Tial dan injap pelepas GReddy Type RS.

Proses sejukan dibantu sebuah intercooler HKS dengan paip sambungan kustom. Bagi memastikan jumlah bahan api yang mencukupi, bekalan petrol dihantar menerusi pam petrol Walbro, sambil kadar tekanan dilaras menggunakan unit regulator Sard. Tiada sebarang toyol yang digunakan dan kesemua perubahan ini, masih mengharapkan keupayaan unit ECU asal.

BACA: PENGUMPUL EVOLUTION RALLIART

Kotak gear manual dan sistem pacuan AWD merupakan kelebihan paling besar kepada siri Evolution. Baru ada keyakinan nak main touge dan kanjo. Memastikan masalah gelinciran tidak berlaku, ia dilapik set klac jenis plet berkembar dari OS Giken. Binaan ekzos pulak dibuat secara kustom menggunakan paip bersaiz 3-inci, sebelum bersambung dengan muffler HKS Hi-Power.

Bahagian dalam kereta dibuat lebih santai tanpa perubahan yang ketara. Pebenda lagi nak tukar kan. Hampir kesemua komponen asal masih ditempatnya kecuali penggunaan tombol gear RalliArt serta deretan meter NRG di tengah papan pemuka.

Bergantung kepada individu, sesetengah dari kita mungkin suka membina sendiri kereta yang diimpikan untuk tujuan kepuasan. Tapi bagi mereka yang ingin mengurangkan kos membeli panadol, menaik taraf platform yang sudah sedia baik, lebih memadai…

-PAK MAUN-

 

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”24″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

 

 

 

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button