Artikel Pilihan

SAKSIKAN VIDEO AKSI-AKSI HEBAT JENTERA TOYOTA GAZOO RACING – BILA PEMANDU DAN JENTERA BERSATU

Toyota Gazoo Racing baharu sahaja lancarkan dua video yang dinamakan Wild Moment dan Wild Moment – Behind the Scenes. Ia memaparkan empat jentera berbeza Gazoo Racing melakukan aksi yang biasa berlaku dalam perlumbaa. Ia menunjukkan petikan video-video terbaik dan berjaya dirakam dengan cantik oleh lensa jurukamera terlibat.

Video ini menunjukkan dominasi Gazoo Racing dalam empat genre perlumbaan yang berbeza. Tiada aksi Formula 1 di sini tapi ada empat lagi perlumbaan di dunia yang disertai oleh Toyota. Perlumbaan pertama ialah WRC menggunakan Gr Yaris Rally1 Hybrid diikuti World Endurance Championship (WEC) dengan GR010. GR Supra tak kurang hebatnya dengan penyertaan dalam 24 Hours Nurburgring dan akhir sekali GR DKR Hilux T1+ yang bersaing dalam Rali Dakar awal tahun ini.

Wild Moments memaparkan aksi-aksi sebenar yang dilalui jentera-jentera ini dalam setiap perlumbaan yang disertai. Lompatan menggunakan GR Yaris Rally1 Hybrid memang hebat begitu dengan GR Supra yang terangkat bahagian sisi selepas melanggar apeks.

Paparan Hilux merempuh gumuk pasir tu memang epim sesuai dengan imej Rali Dakar yang serba mencabar. Akhir sekali bayangkan keberanian pemandu yang memandu GR010 dalam litar basah sewaktu perlumbaan. Kesemua aksi pemandu dan jentera masing-masing memang hebat.

Tonton pula video Behind the Scenes kita akan dapat melihat komitmen dan kesungguhan semua pihak. Komitmen inilah yang menjadi kebanggaan Toyota selepas mereka menubuhkan Team Gazoo pada tahun 2007. Ia diketuai oleh pelumba handalan Hiromu Naruse dan dibantu oleh ikon automotif paling sensasi dari Jepun, Akio Toyoda.

Toyota Gazoo Racing pula diasaskan pada tahun 2015 dan digunakan oleh Toyota sebagai akronim khas untuk kenderaan berprestasi tinggi mereka. Bermula dengan 86 baharu ia kemudian menjadi pemangkin kepada kemunculan Supra baharu, GR Corolla dan semestinya GR Yaris.

Google ads
Back to top button