Buletin

NIKMATI PENJIMATAN DENGAN GOCAR. SEWA KERETA SERENDAH RM55 SEHARI

GoCar, perintis platform perkongsian kereta berdasarkan kepada permintaan di Malaysia hari ini mengumumkan perkhidmatan baharu dan telah dipertingkatkan yang menawarkan lebih banyak penjimatan serta kemudahan kepada pelanggan. 

Bagi memenuhi keperluan serta alternatif kepada pemilikan kenderaan yang lebih mampu milik dan praktikal, GoCar bekerjasama dengan Flexi Parking dan Smart Selangor Parking untuk mengumumkan pengembangan perjalanan satu hala dari Petaling Jaya dan Subang Jaya ke kebanyakan lokasi di Selangor (kecuali kawasan di Kuala Langat dan Kuala Selangor).

Sebagai tambahan, GoCar kini menawarkan perjalanan pergi balik dalam tempoh lebih lama ke atas beberapa model terpilih dengan kadar serendah RM55 sehari.

Liputan perjalanan satu hala lebih luas, bayaran mengikut minit

Dengan pengembangan liputan ke hampir seluruh negeri Selangor dari Petaling Jaya, Subang Jaya dan kini ditambah ke Shah Alam, Sepang, Ampang Jaya, Kajang, Selayang dan Klang, lebih ramai pengguna boleh menikmati manfaat perjalanan satu hala GoCar yang merangkumi:

  • Bayar apa yang anda guna. Dengan kadar serendah RM0.17 seminit, perjalanan satu hala lebih ideal untuk pemanduan jarak dekat seperti pergi ke supermarket. Untuk membuatkan harga semakin mampu milik, GoCar telah menetapkan harga siling harian untuk penggunaan lebih 10 jam sehari. Bagi memberi lebih perlindungan, kadar itu juga termasuk pakej Collision Damage Waiver Lite jika berlaku perkara yang tidak diingini.
  • Tiada halangan. Pengguna tidak perlu membuat sebarang tempahan awal dan tiada had perbatuan. Pelanggan hanya perlu mengaktifkan aplikasi GoCar untuk mencari kenderaan terdekat dan mereka boleh memandunya selama yang diperlukan.
  • Letak kereta GoCar di mana-mana sahaja. Tempahan perjalanan satu hala membolehkan pengguna mengambil kenderaan dari lokasi GoCar yang diingini dan memulangkannya di tempat lain pilihan mereka.
  • Parkir percuma. Hasil kerjasama strategik GoCar dengan Smart Selangor Parking dan Flexi Parking, pelanggan kini boleh parkir di mana-mana kotak parkir di tepi jalan secara percuma, sama ada ketika mereka menggunakan kereta tersebut atau selepas memulangkannya. 

Maklumat lanjut mengenai perjalanan satu hala GoCar, sila layari laman web: https://hi.gocar.my/one-way-trip/

Lebih penjimatan dengan perjalanan pergi balik jangka masa panjang

Untuk lebih berjimat dan bajet, pelanggan kini boleh membuat tempahan perjalanan dua hala bagi tempoh lebih lama iaitu 3 hari dan ke atas menerusi aplikasi mudah alih GoCar. 

Ditawarkan untuk Nissan Almera, Renault Captur, Nissan Serena dan Nissan Teana, lebih lama anda tempah, lebih banyak anda jimat. Semua harga itu merangkumi perbatuan tanpa had.

Sebagai contoh, tempahan tiga hingga enam hari untuk sebuah Nissan Almera cuma RM68 sehari. Manakala tempahan untuk 30 hari dan ke atas hanya RM55 sehari. Kadar harga mengikut jam atau tempahan selama satu hingga dua hari adalah ditetapkan atau dikira secara dinamik.  

Google ads
Back to top button