Buletin

ALKISAH KEMENANGAN OLIVER SOLBERG DI DELFI RALLY ESTONIA

Ternyata, kemenangan pemandu muda Sweden Oliver Solberg di Delfi Rally Estonia telah menjadi buah mulut peminat sukan rali di serata dunia. Jom kita selusuri apa yang terjadi di sebalik kemenangan Oliver Solberg ini.

  • Kemenangan Oliver Solberg di Estonia itu ternyata cukup beremosi buat beliau bersama Juruarah Elliott Edmondson yang hanya menerima panggilan untuk beraksi bersama pasukan utama Toyota Gazoo Racing hanya seminggu sebelum perlumbaan bermula.
  • Oliver Solberg hanya berpeluang memandu uji jentera Toyota GR Yaris Rally1 selama dua hari sahaja menjelang aksi di Delfi Rally Estonia dan pantas menyesuaikan diri dan terus beraksi di pentas sebenar dalam beberapa hari kemudian dengan menggunakan jentera bernombor 99.
  • Untuk rekod, Oliver Solberg dan Elliott Edmondson telah mula berpasangan semenjak dari tahun 2021 ini merupakan kemenangan ke 44 untuk senarai Juruarah daripada Britain.
  • Jentera yang digunakan oleh Oliver Solberg di Estonia menggunakan livery putih / hitam, sama seperti yang digunakan oleh Sami Pajari.
  • Walau pun pernah beraksi di pentas utama WRC bersama pasukan Hyundai Motorsport pada tahun 2022, namun beliau masih tidak pernah memenangi sebarang peringkat perlumbaan.
  • Tetapi untuk aksi Estonia, Oliver Solberg berjaya mempamerkan pemanduan yang handal apabila berjaya memenangi sembilan peringkat perlumbaan daripada 20 yang dipertandingkan. Cukup untuk membayangkan betapa lajunya beliau. Malah, Ott Tanak juga mengakui bahawa sekali pun beliau melakukan kesilapan ketika hari terakhir perlumbaan, takkan mampu untuk menghalang Oliver Solberg daripada memenanginya.
  • Oliver Solberg mula mendahului di Estonia selepas berjaya memenangi peringkat kedua perlumbaan terus mendahului sehingga ke akhir perlumbaan tanpa masalah.
  • Paling menarik, Oliver Solberg berjaya menewaskan tiga bekas juara WRC Ott Tänak, Thierry Neuville dan juga Kalle Rovanperä di belakangnya.
  • Oliver Solberg kini berada dalam senarai pemandu muda yang pernah memenangi perlumbaan WRC bersama Kalle Rovanperä dan Jari-Matti Latvala.
  • Sebaik sahaja menamatkan perlumbaan. Oliver Solberg telah menemui kesemua krew pasukan dan telah memeluk mereka sebagai tanda terima kasih kerana telah menyediakan jentera yang sempurna di Estonia.
  • Kemenangan Toyota di Estonia adalah yang ke 100 dalam sejarah WRC buat pengeluar berasal dari Jepun itu.
  • Dengan kedudukan pendahulu WRC2 ketika ini, tempat Oliver Solberg dalam kelas WRC musim hadapan dilihat semakin hampir. Masalahnya, siapakah pemandu Toyota yang akan dikeluarkan nanti?

Kredit Foto : FB Toyota WRC

BACA : DUO BINTANG RALI TOYOTA BERAKSI DI ARTIC LAPLAND RALLY SEBAGAI PERSEDIAAN RALLY SWEDEN

BACA : TOYOTA MENCARI PEMANDU RALI. MUNGKIN ANDALAH ORANGNYA

Google ads

B K

Back to top button