Buletin

PUSAT 3S BAHARU MITSUBISHI MOTORS KINI DIBUKA DI TELUK PANGLIMA GARANG

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di negara ini, bersama rakan pengedar sah MN Wheels Sdn Bhd, telah membuka pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) terbaharu mereka di Teluk Panglima Garang.

Pembukaan ini memperkukuh rangkaian pusat 3S Mitsubishi Motors di Lembah Klang kepada 18 buah kesemuanya.

Beralamat di No 4, Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima Garang, kemudahan baharu ini menandakan satu lagi pencapaian penting buat MN Wheels dalam usaha memperluas capaian perkhidmatannya kepada pelanggan.

Pusat ini dibina di atas tapak seluas 27,000 kaki persegi dengan keluasan bangunan 10,000 kaki persegi.

Ia juga menempatkan ruang bilik pameran yang selesa serta bengkel servis yang lengkap dengan kelengkapan diagnostik terkini daripada Mitsubishi Motors.

Langkah strategik ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang MN Wheels untuk memberikan pengalaman pemilikan kenderaan yang terbaik kepada pelanggan, seiring dengan peningkatan permintaan terhadap model-model Mitsubishi di pasaran tempatan.

MN Wheels mula bertapak di Kuala Selangor pada tahun 2020 sebelum membuka cawangan kedua di Bukit Raja tidak lama kemudian.

Kini, dengan kehadiran cawangan ketiganya di Teluk Panglima Garang, MN Wheels terus memperkukuh kerjasama eratnya bersama MMM dalam usaha memperkasa jenama Mitsubishi di Malaysia.

Google ads
Back to top button