Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – MITSUBISHI GRANDIS UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA

Agak lama juga BK tidak bawakan artikel Sembang Santai. Maklumlah, bulan Puasa ni otak ada tepu sikit. Kejap kejap dok skrol page Suami Masak Apa Hari Ini cari ilham nak masak apa berbuka nanti. Jomlah ikuti artikel Sembang Santai bersama Mitsubishi Grandis yang BK temui di pusat jualan kenderaan terpakai.

BK : Assalamualaikum Grandis. Puasa ke tu?

MG : Waalaikumussalam Warahmatullah Hiwabarokatuh. Eh mestilah puasa BK. Dah tua tua sebegini malu pula dengan anak muda yang rajin berpuasa.

BK : Lama tak dengar khabar kau atas jalan sekarang ini kan Grandis.

MG : Beginilah BK. Dah tua tua sebegini, mana ada orang pakai Mitsubishi Grandis ni lagi. Lagi pula, dah lebih 10 tahun usia aku ini kalau ikutkan ketika aku mula – mula menjejakkan kaki di bumi Malaysia dari Jepun. Pemilik pertama dahulu pun rasanya ramai yang beralih arah ke MPV yang lebih bercitarasa mewah. Sekarang ni, aku lebih banyak menghabiskan sisa di pusat jualan kenderaan terpakai sahaja.

BK : Tak salah aku, dahulu harga kau boleh tahan premium juga kan.

MG : Isk tak adalah. Kira standard lah tu. Tapi jangan lupa, aku ini merupakan CBU dari Jepun. Pakai pula enjin 2.4 MIVEC lengkap dengan kotak gear empat kelajuan INVECS-II. Ada pula ciri keselamatan seperti ABS EBD, ETACS dan juga RISE. Yang penting luas dan selesa.

BK : Macam orait juga kan kau punya spec. Padanlah dengan harga.

MG : Sebenarnya siapa yang memiliki aku di kala itu dianggap sebagai beruntung. Iyalah, dah lah rupa paras aku pun ngam juga waktu tu. Cukup selesa sebenarnya untuk membawa tujuh penumpang berserta bagasi dengan selesa waktu pulang ke kampung.

BK : Iya lah kan. Tapi itu jam yang mampu pun level level bos aja lah nak beli.

MG : Nah, sekarang inilah masanya untuk mana mana anak muda yang inginkan sebuah MPV yang selesa pada harga yang cukup ideal. Submit personal loan dalam RM30k, setel. Siap boleh simpan sikit untuk buat waktu sesak.

BK : Amboi, ni promote diri sendiri ke macam mana ni? Tapi kan..kau perasan tak? Kau ini sebenarnya punya kembar yang agak seiras?

MG : Ah, jangan macam – macam BK. Mitsubishi Grandis tak pernah ada kembar selepas aku. Pengganti generasi aku ni tiada dalam sejarah.

BK : Er, Chery Eastar tu bukan kembar kau ke?

MG : Cis BK! Kasar gurau ni. Mentang – mentang lah ada pemilik yang pakai logo Mitsubishi buang lambang Chery tu. Mujur juga depa guna enjin Mitsubishi. Hihihi!

BK : Alah, aku ni seloroh aja. Eh Raya ni kau tak balik mana mana ke?

MG : Nampak gayanya tak beraya lah. Nak balik kampung pun bukannya lepas. Bersepah roadblock ni. Lagi pun, kan wabak Covid-19 ni belum setel lagi. Tak beranilah nak gerak jauh jauh. Nak pergi beli baju raya di Jakel pun tak berani. Tapi apa pasal hah masih ramai lagi yang berpusu pusu siap bawa satu keluarga bagai. Tak faham betul perangai.

BK : Owh, yang itu semua bangsa kebal. Alangkan Tuhan pun depa tak takut, inikan pula dengan Covid-19 kan.

MG : Amboi BK, bukan main pedas lagi sound ya.

BK : Ok lah Grandis. Aku nak sambung cari idea memasak untuk berbuka nanti.

MG : Eleh, nak layan page SMAHI la tu kan. Ok lah BK. Selamat Hari Raya ya.

BACA : SEMBANG SANTAI – APALAH KHABARNYA SI PROTON EXOR

BACA : SEMBANG SANTAI – YAMAHA LC V1 YANG LAGENDA

Tags
Google ads
Back to top button