Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – MITSUBISHI AIRTREK EVO 7 NI OI

Musim musim Raya begini, otak mulalah meligat mencari idea menulis. Nak keluar beraya bukannya boleh pun kan. Jadinya, BK bawakanlah pula sesi Sembang Santai bersama Mitsubishi Airtrek pula. Anak muda mungkin tak berapa nak kenal model Crossover yang pernah dipasangkan dengan enjin Evo 7 ini. Jom baca.

BK : Assalamualaikum Airtrek. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

MA : Selamat Hari Raya BK. Nak jemput masuk bimbang pula, duduk aja lah luar rumah tu.

BK : Eh! Takpe. Di luar aja pun ok. Sajalah nak ziarah kau kejap dari jauh pun jadi lah Airtrek. Amacam Raya tahun ni?

MA : Beginilah BK. Raya seorang diri bujang. Masak pun ala kadar aja untuk lepaskan tekak sendiri.

BK : Alah, rilek la Airtrek. Nanti kalau ada jodoh, tak ke mana orang kata. Ni aku tengok kau walaupun dah jatuh kategori purba, tapi still maintain sado lagi aku tengok. Badan kau ni pun bukan main solid lagi.

MA : Hah. Kenalah jaga kesihatan sama BK walaupun usia kian meningkat. Aku ni kalau letak sebelah menyebelah dengan mana mana SUV moden, rasanya boleh saing lagi aku ni. Maklumlah, rekaan aku ini orang kata timeless.

BK : Rasanya aku boleh bersetuju dengan kenyataan kau ini. Sejujurnya aku lebih suka penampilan kau sebagai Airtrek sebelum dia orang ubah kau jadi Outlander. Bila dah jadi Outlander, nampak lebih kepada imej korporat berbanding imej rugged dengan lubang hidung kau tu. Garang wei!

MA : Tahu takpe. Mau nya tak garang. Jantung aku menggunakan enjin 4G63 daripada Evo 7. Boleh dikatakan aku ni sebagai SUV / Crossover terpantas di muka bumi kala itu. Cumanya kuasa aku mungkin tak se-power Evo 7 ori dek kerana kekangan tidak menggunakan kotak gear manual. Itu jam pakai intercooler pun bangsa sorok dalam tak nampak. Tapi sekarang aku tengok ramai juga yang dah tukar intercooler besar serupa papan karom letak di bahagian bampar.

BK : Iya. tak syak lagi. Sememangnya kehadiran kau di kala itu sememangnya cukup beruntung. Nak beli Evo 7 mahal ya rabbi, jadi belilah Airtrek. Cukup sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga dan inginkan gaya hidup moden dan rugged. Kalau tak salah, pernah juga ada bintang bolasepak sebagai pemilik kau ni kan.

MA : Amacam BK? Angkat la satu. Harga pun kira murah sangat dah sekarang ni. Memang lepas sangat dah ni kalau submit personal loan. Aku tengok kat Mudah bawah 30k memang sedap dah ni

BK : Amboi kau. Bukan main racun lagi aku ya. Kalau ekonomi tak meleset, memang aku print slip gaji dah submit loan tau.

BACA : SEMBANG SANTAI – HYUNDAI GETZ YANG DILUPAKAN

BACA : MITSUBISHI OUTLANDER/AIRTREK DAH HAMPIR 16 TAHUN RUPANYA

Tags
Google ads
Back to top button