Artikel Pilihan

MITSUBISHI GALANT 2009 – SELAMAT TINGGAL DUNIA

Semua orang kenal Mitsubihsi adalah pengeluar kereta yang handal di seluruh dunia. Pelbagai model global mereka yang handal meliputi jenama Pajero, Lancer dan juga Galant. Memandangkan Mitsubishi kini agak perlahan dalam dunia automotif di peringkat global, marilah kita ulangkaji model terakhir Mitsubishi Galant.

Sedikit sejarah untuk ditelusuri, Mitsubishi Galant ini bermula di Jepun pada tahun 1969, ketika generasi pertama mula diperkenalkan. Dan iaya terus menjadi model yang penting buat Mitsubishi apabila model pertama dieksport ke Amerika Syarikat dan juga Australia / New Zealand. Sebenarnya riwayat Mitsubishi Galant ini secara globalnya tamat sewaktu generasi kelapan lagi. Cumanya plat nama Galant ini dihidupkan kembali khusus untuk pasaran Amerika Syarikat dengan saiz Amerika juga.

Model yang dipaparkan ini sebenarnya merupakan versi facelift ketiga pada tahun 2009 sebelum riwayatnya ditamatkan. Generasi kesembilan yang merupakan khusus dibina untuk pasaran benua Amerika Syarikat. Generasi kesembilan ini mula berada di pasaran semenjak tahun 2004 lagi.

Berbanding model pertama generasi kesembilan Galant ini, versi terakhir ini menampilkan rekaan yang lebih menimalis melalui rekaan gril dan bampar hadapan yang kelihatan elegan. Rekaan yang ringkas sebegini sememangnya amat digemari rakyat belah sana. Barulah sesuai untuk dipandu sebagai sebuah sedan bersaiz sederhana oleh ketua keluarga. Kalau di tempat kitai ni, boleh saing terus dah dengan Honda Accord.

Bahagian nadinya, sebuah enjin yang bersesaran 3.8-liter MIVEC V6 telah dipilih untuk disesuaikan dengan citarasa rakyat Amerika. Dengan enjin sebegitu, kuasa maksimum 258 hp mudah untuk diperolehi. Kotak gear auto Sportronic 5 kelajuan turut digunapakai untuk versi Ralliart yang cukup berkuasa itu. Walau bagaimanapun, untuk yang gerun dengan harga cukai jalan barangkali, enjin 2.4 liter MIVEC turut ditawarkan untuk varian yang lebih rendah.

Selain daripada ciri keselamatan asas seperti beg udara berkembar dan ABS, varian Ralliart turut didatangkan dengan ciri Sistem Pemantauan Tekanan Tayar – TPMS dan juga Kawalan Traksi. Kira cukup canggih dah untuk sebuah model sedan sederhana mahal pada tahun 2009.

Malangnya pihak Mitsubishi Motor Corporation ketika itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa model Galant ini adalah merupakan yang terakhir akan dikeluarkan oleh Mitsubishi Motor North Amerika Inc. Dan pada tahun 2012, tamatlah sudah sepenuhnya riwayat jenama Galant ini. Dan sememangnya Galant ini terus hilang buat selamanya. Selamat tinggal dunia.

BACA : MITSUBISHI TIDAK LAGI BERMINAT HASILKAN MODEL BERPRESTASI TINGGI

BACA :SEBELUM KEDATANGAN EVOLUTUION – INI JAGUH MITSUBISHI GALANT VRG TURBO

Tags
Google ads
Back to top button