
KEBAKARAN MISTERI MUSNAHKAN BENGKEL PENUH DENGAN NISSAN GT-R, MITSUBISHI EVO DI BELANDA
Satu kebakaran misteri di sebuah perkampungan di utara Brabant, Belanda menyebabkan sebuah bengkel yang membuat talaan kereta-kereta Jepun hangus sepenuhnya.
Bengkel seluas 11,000 kaki persegi milik Sky-Engineering gagal diselamatkan oleh pasukan bomba tempatan. Sehingga kini, punca kebakaran masih belum diketahui.
Berdasarkan kepada laporan media tempatan, pasukan bomba mengalami kesukaran untuk tiba di lokasi. Ini kerana bengkel berkenaan dibina di atas sekeping tanah yang dikelilingi oleh dinding untuk mengelak banjir. Akibatnya, tiada kenderaan yang dapa diselamatkan.

Kelihatan banyak model Nissan GT-R Skyline dari beberapa generasi seperti R32, R33 dan R34. Selain model-model JDM buatan Toyota, Honda dan Mitsubishi. Sebuah Porsche 911 klasik yang diparkir di luar bengkel juga hangus terbakar.
Ketika kebakaran berlaku, tiada pekerja yang berada di sana berikutan perintah kawalan pergerakan kerana penularan wabak COVID-19.
Biar apa pun punca kebakarannya, ia sudah tidak penting lagi. Pemandangan barisan kereta lejen yang musnah tinggal rangka ini memang sangat menyedihkan.
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR
- BACA: F1 GP AUSTRALIA BATAL, PIRELLI BAKAR 1,800 UNIT TAYAR. JADI BAHAN BAKAR ALTERNATIF KILANG SIMEN
- BACA: MENGAPA ENJIN PEMBAKARAN DALAM MASIH DIPERLUKAN?
- BACA: TAHUKAH ANDA MENUNGGANG MOTOSIKAL BOLEH BAKAR KALORI SEPERTI PERGI KE GYM?