
MITSUBISHI XFORCE DIPERKENALKAN – DUA VARIAN, ANGGARAN HARGA BERMULA RM110K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa tempahan bagi SUV kompak terbaharu mereka, Mitsubishi Xforce, kini sudah dibuka secara rasmi.
Model ini bakal memasuki pasaran tempatan dalam dua pilihan varian iaitu Urban dan Ultimate, dengan anggaran harga sekitar RM110,000 untuk Urban dan RM120,000 bagi Ultimate.
Pelancaran penuh dijadualkan berlangsung pada April 2026.
Dari segi rangkaian kuasa, kedua-dua varian menggunakan konfigurasi yang sama iaitu enjin petrol 1.5 liter aspirasi semula jadi bersama transmisi automatik CVT, menghasilkan kuasa 105PS dan tork 141Nm.

Semua varian turut hadir dengan rim aloi 18-inci serta penarafan keselamatan ASEAN NCAP lima bintang.
Ciri standard untuk kedua-dua varian
Antara kelengkapan yang diberikan secara menyeluruh termasuk:
- Brek parkir elektrik dengan fungsi Brake Hold
- Active Yaw Control untuk kestabilan tambahan
- Hill Start Assist
- Kunci pintu automatik mengikut kelajuan
- Pengelap cermin automatik
- Sensor parkir hadapan dan belakang
- Kamera monitor sekeliling
Varian Urban:

Walaupun merupakan varian asas, Urban masih menawarkan ciri moden yang menyeluruh. Antara kemudahan utama ialah:
- Skrin infotainmen 8-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay berwayar
- Paparan meter pemandu TFT 4.2-inci
- Pendingin hawa dwi-zon dengan ventilasi lutut belakang
- Sistem audio 8 pembesar suara lengkap dengan tweeter
- Kamera DVR hadapan terbina dalam
Kemudahan kabin turut dipertingkat dengan tempat duduk hadapan larasan manual, tempat duduk belakang boleh laras sehingga lapan tahap, perehat tangan tengah dengan fungsi penyejukan serta ruang simpanan yang luas.
Untuk aspek keselamatan, Urban dilengkapi empat beg udara serta ciri bantuan pemandu seperti Blind Spot Warning, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert dan kawalan pelayaran biasa.

Varian Ultimate:
Bagi mereka yang mahukan pengalaman lebih mewah, varian Ultimate tampil dengan beberapa peningkatan ketara. Antaranya:
- Skrin infotainmen lebih besar 12.3-inci dengan sambungan tanpa wayar
- Paparan meter digital penuh 8-inci
- Sistem audio Yamaha Premium Dynamic Sound yang ditala khas untuk Xforce
- Pengecas telefon tanpa wayar
- Pencahayaan ambien LED biru
- Sistem penulen udara Nanoe-X
Bahagian dalaman Ultimate juga menggunakan tema lebih cerah dengan fabrik putih mélange serta kemasan papan pemuka mocha.
Ia turut menerima pintu but berkuasa dengan sensor kaki, cermin pandang belakang auto-dimming serta kamera DVR hadapan dan belakang.
Ultimate tambah pakej ADAS penuh
Perbezaan terbesar antara Urban dan Ultimate adalah pada ciri keselamatan lanjutan. Ultimate hadir dengan enam beg udara termasuk tirai sisi serta sistem bantuan pemandu lengkap seperti:
- Adaptive Cruise Control
- Forward Collision Mitigation
- Lane Departure Warning
- Lane Centering Assist
- Automatic High Beam
- Tyre Pressure Monitoring System
Ultimate juga memperkenalkan mod pemanduan boleh pilih iaitu Normal, Wet, Gravel dan Mud, bagi menyesuaikan kawalan cengkaman mengikut permukaan jalan.
Dari sudut luaran, varian ini turut menerima perincian tambahan seperti emblem pada bonet serta spoiler pada pintu but belakang.
Promosi tempahan awal
Bagi pembeli terawal, MMM menawarkan promosi khas termasuk:
- Rebat tunai RM5,000 untuk 1,000 pelanggan pertama
- Kempen peraduan beli satu percuma satu
- Tambahan RM1,000 rebat kesetiaan untuk pemilik Mitsubishi sedia ada
Kesemua harga adalah atas jalan tanpa insurans, dan promosi ini dijangka terhad selepas pelancaran rasmi.
GALERI:















