
PROTON e.MAS 5 CATAT PENGHANTARAN TERTINGGI LEBIH 3,000 UNIT PADA JANUARI
Proton e.MAS 5, model elektrik kedua di bawah jenama Proton e.MAS, mencatatkan rekod baharu apabila sebanyak 3,276 unit berjaya dihantar pada bulan Januari 2026, jumlah tertinggi pernah dicatatkan untuk satu model oleh PRO-NET.
Prestasi ini mengukuhkan lagi kedudukan Proton e.MAS di pasaran tempatan, susulan tahun 2025 yang cemerlang dengan 9,549 kenderaan terjual, bersamaan enam peratus daripada jumlah jualan tahunan Proton dan 22 peratus daripada pasaran EV Malaysia.
Dilancarkan pada 30 Oktober 2025, e.MAS 5 diperkenalkan sebagai EV mampu milik pertama di negara ini, direka untuk memudahkan rakyat Malaysia memiliki kereta elektrik.

PRO-NET kini menumpukan usaha memastikan penghantaran tepat pada masanya, sambil memperluaskan ekosistem EV secara menyeluruh.
Sebagai komitmen kepada pelanggan, PRO-NET juga terus memperkenalkan model baharu. Kurang daripada dua tahun selepas pelancaran e.MAS 5, PRO-NET kini menawarkan tiga produk di pasaran, termasuk Proton e.MAS 7 PHEV, dengan harga dianggarkan antara RM110,000 hingga RM130,000.
e.MAS 7 PHEV menawarkan jarak sehingga 1,065km bagi satu tangki dan pengecasan penuh, dilengkapi Teknologi Hibrid EM-i PROTON yang menjanjikan penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km, setanding kereta segmen A.

Sistem ini menggabungkan enjin hibrid khusus, Transmisi Hibrid 11-dalam-1 (DHT) dan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP), memberikan pengalaman pemanduan elektrik yang lancar, sesuai untuk penggunaan harian atau perjalanan jauh.
Dengan e.MAS 7 PHEV, kebanyakan perjalanan harian boleh dilakukan sepenuhnya dengan tenaga elektrik, sementara enjin hibrid akan beroperasi secara automatik bila diperlukan untuk kuasa tambahan atau perjalanan jarak jauh.
Tempah Proton e.MAS 5 atau e.MAS 7 PHEV hari ini hanya dengan RM99!









