Artikel Pilihan

MODEL ONE-OFF LOTUS EVIJA X KEMALANGAN DI GOODWOOD – KESILAPAN MANUSIA ATAU MESIN

Lotus Evija X memang sebuah model yang popular apatah lagi ia merupakan pemegang rekod ketiga terpantas Nurburgring beberapa bulan lepas. Ramai yang menyangka ia akan dengan mudah menguasai perlumbaan naik bukit di Goodwood tapi nampaknya itu cuma ramalan semata-mata.

Acara Goodwood Festival of Speed memang sentiasa menjadi tumpuan ramai peminat dunia automotif dan Evija X merupakan salah satu tarikan dalam acara tahun ini. Namun pertunjukan Evija X berakhir awal kerana kemalangan yang berlaku pada peringkat permulaan sejurus selepas perlumbaan bermula.

Rakaman video insiden tersebut menunjukkan pemandu melakukan burn-out yang agak berlebihan sebelum berlepas. Ia sebenarnya perkara di Goodwood di mana kesemua pemandu melakukannya untuk menunjuk-nunjuk. Tayar berputar ligat, asap berkepul keluar, kereta kemudian berpusing ke kanan dan terus melanggar benteng keselamatan yang diperbuat dari jerami.

Walaupun kemalangan dikatakan berlaku pada kelajuan rendah, bahagian hadapan Lotus kelihatan mengalami kerosakan yang agak serius. Kalau dibandingkan dengan kemalangan yang menimpa Hyundai RN22e pada acara sama tahun lepas, kemalangan Lotus ni nampak tak terus sangat.

Laporan rasmi kemalangan belum dikeluarkan tapi seorang pengamal media permotoran terkenal, Harry Metcalfe mengatakan yang ia adalah masalah perisian dan bukannya kesalahan pemandu. Boleh jadi juga sebab Evija X ini menggunakan empat buah motor elektrik dan sedikit gangguan pada salah satu motor akan mengakibatkan kemalangan seperti ini berlaku. Hmm, baik pakai Alza je lah kalau macam ni.

Jadi bukan kesalahan pemandu la? Tak juga, ada kemungkinan ia adalah kesilapan pemandu sebab untuk acara seperti budaya menunjuk tu memang nyata sangatlah. Kemon la, mana ada orang pergi Goodwood untuk tunjuk kesederhaan.

Apa pun tunggu je laporan rasmi nanti.

Google ads
Back to top button