Motosikal

HONDA CRF250 RALLY KINI DI MALAYSIA – RM28,599

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda CRF250 Rally untuk pasaran tempatan yang dijual pada harga RM28,599. 

Hadir dengan warna Extreme Red, CRF250 Rally 2024 ini mengekalkan spesifikasi sama berbanding dengan model yang diperkenalkan di Malaysia pada 2021. 

Bagaimanapun, CRF250 Rally terbaru ini hadir dengan tangki 12.8L berbanding 12L sebelum ini. Penambahbaikan kecil itu sedikit sebanyak menyumbang kepada jarak perbatuaan yang lebih baik. 

Sementara itu, motosikal ‘dual-purpose’ ini kekal digerakkan enjin satu silinder 249cc DOHC dengan suntikan bahan api yang mampu menghasilkan 25hp pada 9,000rpm dan 21.9Nm pada 6,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac ‘assist & slipper’.

Atas kertas, Honda CRF250 Rally ini dipadankan dengan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang dan disokong oleh fork teleskopik Showa 43mm depan dan monoshock Showa dengan sambunan ProLink. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • cakera berk tunggal 296mm
  • cakera brek tunggal belakang 220mm
  • ABS boleh laras
  • panel meter digital LCD
  • berat 153kg

GALERI: HONDA CRF250 RALLY

Google ads
Back to top button