Artikel Pilihan

DUNIA SEMAKIN MELAMPAU, SELEPAS BATERI, KERETA LUMBA TANPA PEMANDU PULA

Apa nak jadi dengan dunia automotif hari ini? Masa zaman 80an dahulu, kanak-kanak dibayangkan dengan kereta terbang dan bangunan tinggi menggunung.

Tetapi sekarang mana? mana? mana? 

Apa yang jadi sekarang ini ialah kereta dengan kuasa bateri dan teknologi autonomi atau kereta yang boleh dipandu tanpa memegang stereng dan menekan brek.

Jika ada yang terasa ketinggalan dengan teknologi moden seperti ini ketahuilah bahawa pada hujung minggu lalu terdapat sebuah kereta lumba tanpa pemandu menyertai perlumbaan Hillclimb pada acara Goodwood Festival of Speed.

Video kereta lumba ini atau dikenali sebagai Robocar disiarkan di media sosial dan rasa geram sungguh dengan bunyi ‘mesin basuh’ daripada motor elektriknya.

Ini juga adalah kali pertama dalam sejarah Goodwood apabila sebuah kereta lumba tanpa pemandu berlumba dalam acara berprestij yang meraikan edisi ulangtahun ke-25.

Memandangkan kereta ini luar biasa jadi tidak hairanlah apabila individu disebaliknya juga luar biasa. 

Robocar ialah kereta lumba autonomi pertama dunia yang direka oleh Daniel Simon. Beliau adalah individu di sebalik filem Hollywood masa depan seperti Oblivion dan Tron: Legacy.

Jadi tidak hairanlah apabila kereta ini adalah hasil tangan beliau.

Berikut ialah fakta tentang kereta lumba Robocar:

  • Berat kereta ialah 1,350kg dan dikuasakan oleh empat motor elektrik 135kW yang menggerakkan setiap roda
  • Kuasa kereta ini ialah sekitar 500 hp
  • Kereta ini dilengkapi dengan sensor di sekitar badannya dalam memberikan panduan 360 darjah
  • Maklumat daripada sensor membolehkan kereta untuk mengesan kedudukan dan permukaan yang boleh dilalui
  • Kereta ini menggunakan komputer NVIDIA DRIVE PX2 untuk memproses pelbagai data seperti LiDar, radar, GPS, ultrasonik dan sensor kamera
  • Kelajuan kereta ini dihadkan pada 120 km/j sahaja bagi membolehkan penonton dapat menikmati rekabentuknya
  • Pembangunan sistem pemanduan automasi Robocar diterajui oleh ARRIVAL yang merupakan syarikat teknologi automotif

Jadi bagaimana sekarang? Kereta terbang mana? mana? mana? 

BACA: NISSAN LEAF NISMO DAN SERENA NISMO UNTUK TOKYO MOTOR SHOW – MENGANCAM HABIS!

BACA: BEKALAN ELEKTRIK STADIUM INI DIKUASAKAN OLEH BATERI NISSAN LEAF!

Google ads
Back to top button