Artikel PilihanModifikasi

CIVIC EG PALING EKSTRIM. ENJIN V6 TURBO DAN KIT TERBANG!

Kereta-kereta perlumbaan dengan teknologi aerodinamik adalah sangat penting dalam memastikan ia stabil di atas permukaan jalan. Hampir semua kereta yang digunakan dalam acara ini dilengkapi dengan kit badan, pembias angin dan sudut-sudut binaan khusus untuk mendapatkan downforce semaksima mungkin.

Namun dalam banyak-banyak kategori perlumbaan, perlumbaan mendaki bukit atau hill climb/pikes peak lazimnya mempunyai kit badan paling ekstrim. Suzuki Escudo Pikes Pikes yang dipandu oleh Monster Tajima adalah contoh paling mahsyur.

Ini pula ialah sebuah Honda Civic EG yang menampilkan imej pikes peak yang lazim. Namun, ia bukan Civic sebarangan yang ditebuk bumper dan di bawa ke medan gathering sambil tekan minyak ekzos keluar api.

Bukan tuan-tuan.

Honda Civic ini dikuasakan oleh enjin V6 dari Honda Accord yang dihibridkan dengan sistem turbo. Enjin ini secara keseluruhannya adalah dalam keadaan asal, kecuali sistem turbo yang menghantar lebih banyak kuasa.

Bahagian dalamannya hanya ada satu kerusi, pemasangan sistem roll cage lengkap.

Paling menyerlah ialah bahagian kit luarannya yang menampilkan splitter atau spoiler yang cukup besar, dipasangkan terus pada kerangka kereta ini.

Mungkin ia nampak “rapuh” dan senang patah, tapi sebenarnya ia cukup kukuh. Boleh berdiri atasnya pun dan tak bengkok atau patah.

Kenapa besar sangat?

Mengikut perkiraan pemilik kereta ini, ia menghasilkan tekanan downforce sebanyak 226kg pada kelajuan 144km/j.

Antara bahagian aerodinamik lain ialah skirting tepi yang unik, terowong bawah underdray kereta dan spoiler belakang yang menghasilkan downforce tinggi juga.

Kereta ini menepati piawaian regulasi kereta lumba Time Attack dan pemiliknya sudah bersedia untuk membawanya dalam perlumbaan
Pikes Peak International Hill Climb.

Google ads
Back to top button