Artikel Pilihan

SUBARU BARU SAHAJA PAMERKAN WRX TERPANTAS PERNAH DIHASILKAN – KEMBALILAH EVO

Walaupun kini meneruskan perjalanan tanpa saingan terdekat mereka, Subaru WRX semakin mengganas dengan jelmaan model-model istimewa. Terbaru ialah model istimewa yang akan dipersembahkan kepada umum di Goodwood Festival of Speed dan ia dinamakan Project Midnight. Ia sarat dengan komponen gentian karbon yang jelas sekali bertujuan meringankan berat badan kereta ini.

Berdasarkan kuasa maksima yang meningkat berkali ganda berbanding asal, Subari mendakwa inilah Subaru paling pantas dan paling laju pernah dihasilkan oleh Subaru Motorsports USA.

Untuk permulaan ia menggunakan enjin 2.0 liter flat four yang diambil dari pasukan rallycross Subaru. Berbeza dengan enjin kegunaan rallycross, enjin ini kini mampu menjana 670 hp kuasa maksima dan tork yang mencecah 922 Nm tork!

Enjinnya kini mampu berputar sehingga 9,500 rpm dan memacu kesemua tayar sebagaimana tradisi WRX selama ini. Ia kemudian digabungkan dengan chasis khas perlumbaan menjadikan berat keseluruhan kereta ini sekitar 1120 kilogram! Ia adalah 450 kilogram lebih ringan berbanding WRX standard.

Kalau itu belum cukup menonjol, perhatikan pula segala jenis naik taraf aerodinamik kereta ini. Dah macam kereta Batman pun ada tapi yang peliknya ia kelihatan premium dan bukannya rekaan ala-ala Ah Beng Motorsport.

Spoiler kelihatan kelihatan seperti versi spoiler jentera rali Subaru USA. Kereta ini bergerak menggunakan suspensi khas yang ditala untuk kegunaan di permukaan litar dengan tayar-tayar slick bersaiz 18 inci untuk lebih cengkaman. Kini tinggal lagi untuk menghantarnya ke Goodwood Festival of Speed untuk menunjukkan kehebatan sebenarnya kepada orang ramai. Fuh tak boleh bayang la deruman enjin dan ekzos kereta ni nanti.                                                                   

Google ads
Back to top button