HISPANO SUIZA CARMEN BOULOGNE MEMBUAT KEMUNCULAN ISTIMEWA DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED
Kehadiran model Hispano Suiza Carmen Boulogne telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang hadir di Goodwood Festival of Speed hujung minggu baru baru ini, salah satu acara terpenting dalam dunia sukan permotoran. Goodwood Festival of Speed yang dicipta oleh Duke of Richmond pada tahun 1993, telah pun menyambut ulang tahun ke 30.
Bekas pemandu F1 dan Duta Pemandu Hispano Suiza, Luis Pérez-Sala, telah memandu laluan mendaki yang menjadi lagenda di Goodwood Hillclimb berkata “Mengatasi Pendakian Bukit di Goodwood Festival of Speed sentiasa menjadi pengalaman yang mendebarkan, lebih-lebih lagi di pengalaman memandu Hispano Suiza Carmen Boulogne. Kesemua laluan mendaki berbukit tersebut benar-benar berguna dari sudut perspektif teknikal bagi menguji bateri bagi mendapatkan data untuk dianalisa oleh pasukan teknikal kami”.
Victor Cobos, Ahli Lembaga Penasihat dan CMO Hispano Suiza pula menambah: “Goodwood Hillclimb ini bukan sekadar pendakian bukit yang cukup lagenda. Acara ini membolehkan kami memperkenalkan identiti korporat baharu kami di peringkat antarabangsa, dan bertemu dengan wartawan, pempengaruh, peminat kereta, pelanggan dan institusi. Atas sebab ini kami amat berpuas hati”.
Pempengaruh automotif terkenal, seperti Tim – Shmee), Nina Weizenecker dan juga cef selebriti James Martin adalah antara tetamu yang serta bersama Hispano Suiza sepanjang hujung minggu Goodwood Festival of Speed.
Malah James Martin sempat memberikan komen bahawa kereta ini cukup menakjubkan dan dunia pada masa hadapan pastinya lebih baik dengan adanya model seperti ini.
Hispano Suiza ialah jenama automotif Sepanyol bersejarah yang dimiliki oleh keluarga Suqué Mateu, kini telah pun memasuki generasi keempatnya. Hispano Suiza Automobile Factory S.A. telah diasaskan di Barcelona pada tahun 1904 oleh Damián Mateu, bersama pengarah teknikal dan jurutera Marc Birkigt, juga merupakan rakan kongsi dalam syarikat itu.
Antara 1904 dan 1946, Hispano Suiza telah pun membina lebih daripada 12,000 kenderaan mewah berprestasi tinggi dan juga 50,000 enjin pesawat.
Dan zaman moden ini pada tahun 2019, mereka telah memperkenalkan model Hispano Suiza Carmen, hypercar elektrik 100% serba baharu. Stahun kemudian, ia telah meningkatkan prestasi model tersebut dengan memperkenalkan pula Hispano Suiza Carmen Boulogne. Pada tahun 2022, unit pertama Carmen Boulogne telah dihantar di Amerika Syarikat.
BACA : MASALAH KEWANGAN, HISPANO SUIZA ENGINEERING FAIL BANKRAP
BACA : KERETA LUMBA BENTLEY SPEED SIX DIBINA SEMULA UNTUK MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DI GOODWOOD FESTIVAL