
Perlumbaan kategori MotoGP di Qatar dibatalkan dan hanya Moto3 dan Moto2 dilangsungkan. Kategori tersebut dibatalkan kerana pelawat dari Itali perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik tiba di Qatar.
Pasukan Moto3 dan Moto2 terkecuali memandangkan mereka berada lebih awal untuk ujian rasmi tiga hari.
Jadi apa yang dilakukan oleh pelumba dari Itali? Di antara yang terjejas ialah Franco Morbidelli dari pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.
Beliau di antara pelumba muda yang dilihat mempunyai potensi bagi menyaingi pelumba handalan seperti Marc Marquez.
Berdasarkan satu temuramah dengan Franco Morbidelli tidak banyak yang beliau boleh dilakukan memandangkan Itali telah menguatkuasakan pergerakan terhad.
Larangan pergerakan itu bagaimanapun diisi dengan beberapa aktiviti seperti joging di dalam kawasan rumah.
Menurut beliau, halangan pergerakan di Itali bermakna mereka hanya boleh tinggalkan rumah untuk membeli makanan atau urusan penting.
Keadaan tersebut sudah berlangsung lebih dari seminggu dan beliau berharap ianya akan tamat dalam masa terdekat.
Beliau juga berlatih seberapa boleh bagi mengekalkan kecergasan walaupun berbeza dari rutin latihan yang biasa dibuat di gym.
Selain berlatih, masa yang banyak di rumah diisi dengan aktiviti lain yang terpaksa diketepikan semasa musim perlumbaan.
Franco Morbidelli mengambil kesempatan untuk belajar alat muzik dan mengakui ianya bukan perkara mudah.
Beliau juga optimis selepas situasi ini berakhir, beliau dapat bermain harmonika dan cajon (kotak perkusi).
Akhir sekali beliau menasihatkan kepada peminat yang berada di Itali dan lokasi yang berada dalam situasi sama agar bertenang dan menghormati apa yang dikatakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sedunia.
Beliau menyarankan agar menikmati masa di Eropah, menggunakannya sebaik mungkin dan melakukan perkara yang jarang boleh dibuat.
Untuk peminat MotoGP nampaknya perlumbaan akan ditangguhkan buat seketika. Dengan perkembangan terbaru beberapa perlumbaan seperti di Thailand, Austin dan Argentina telah ditangguhkan.
- BACA: QUARTARARO TERPANTAS DI SIC, POSITIF UNTUK PETRONAS YAMAHA SRT
- BACA: BAGAIMANA PETRONAS SYNTIUM ATASI MASALAH LSPI
- BACA: PETRONAS SPRINTA NI BAGUS KE? KAMI TANYA 3 PEMILIK MOTOSIKAL
Foto: PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team