Artikel Pilihan

CARA GEELY TANGANI PENYEBARAN CORONAVIRUS PATUT JADI IKUTAN SELURUH DUNIA

Nama novel Coronavirus menjadi popular sekelip mata seawal Januari 2020 dan semakin merebak ke serata dunia dalam masa yang cukup singkat. Geely sebagai sebuah syarikat pengeluar automotif bertaraf antarabangsa merupakan antara syarikat yang terawal mengambil langkah pencegahan yang drastik untuk melindungi 120,000 pekerja mereka di seluruh dunia termasuklah 6,000 orang yang bertugas di Hangzhou, ibu pejabat Geely di China.

Syarikat tersebut mendakwa kerana protokol tegas yang diambil berkaitan krisis ini, kesemua fasiliti Geely di seluruh China kembali beroperasi pada 1 Mac dalam usaha mereka, membangun dan menghasilkan kenderaan untuk pasaran global.

Langkah pertama yang diambil ialah membatalkan semua trip perniagaan  dan semua pelawat tidak dibenarkan memasuki premis-premis Geely. Kini semua pekerja Geely yang memasuki kompleks ibu pejabat mesti melalui pengimbas suhu yang akan mengesan mana-mana pekerja yang tidak sihat ataupun demam.

Mesin perakam kedatangan telah dipindahkan ke bahagian luar bangunan dan pekerja yang memandu masuk ke dalam kompleks dengan kereta juga diambil bacaan suhu. Kereta yang dipandu mereka akan melalui pelapik khas yang akan membunuh semua bakteria yang berada di bahagian bawah badan kereta.

Bukan itu sahaja, semasa pekerja-pekerja sedang bertugas, pihak keselamatan akan membasmi kuman pada bahagian pembuka pintu kereta mereka untuk memastikan kebersihan. Bestnya kalau kat Malaysia pun ada servis macam ni.

Langkah-langkah lain yang diambil pula termasuklah menghadkan jumlah penumpang dalam lif selain menyediakan pembasmi kuman dan tisu untuk mereka yang menekan butang lif.

Topeng muka pekerja digantikan setiap lapan jam, bacaan suhu diambil dua kali sehari, mesyuarat skala besar dibatalkan (kecuali menerusi sidang video) dan setiap pekerja perlu berada pada jarak 1 meter antara satu sama lain.

Semua langkah yang diambil ini membolehkan Geely menyambung produksi pada skala penuh tanpa sebarang kes Coronavirus dikesan dalam kawasan fasiliti mereka.

Dengan kata lain bukan setakat pengeluar kenderaan tapi syarikat-syarikat lain juga patut mengambil langkah yang sama bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ini sekali gus menyelamatkan banyak nyawa di luar sana.

Google ads
Back to top button