Buletin Khas

BAGAIMANA PETRONAS SYNTIUM ATASI MASALAH LSPI

Mari kita patah balik kepada isu pencemaran udara dan juga kecekapan enjin. Mungkin 15 tahun dulu kereta dengan enjin bersaiz besar merupakan satu penanda aras bagi kuasa enjin. Semakin besar CC enjin, semakin tinggi tork yang dihasilkan dan semakin bagus ia memecut. Tapi kecekapan mekanikal enjin dengan CC besar ini sebenarnya rendah disebabkan daya geseran yang wujud.

Enjin lama ini beroperasi dengan menghasilkan tork yang besar pada RPM yang tinggi. Anda perlu perah enjin secukupnya untuk menjana tork yang diperlukan. Memang best la tukar gear masa RPM tinggi. Tapi penaltinya ialah tahap penggunaan petrol dan pelepasan asap yang lebih banyak daripada biasa. Jurutera menukar strategi dengan menghasilkan enjin yang lebih kecil namun bagi mengatasi masalah kekurangan kuasa, turbo diperkenalkan.

Konsep enjin kecil dengan turbo ialah menghasilkan kuasa yang tinggi dengan memastikan isipadu udara dan bahan api yang dibakar sama banyak dengan enjin CC besar. Untuk memastikan enjin ini kekal jimat, pastikan enjin beroperasi pada julat RPM yang rendah dimana Brake Spesific Fuel Consumption adalah yang terbaik. Cara yang paling baik bagi memastikan enjin ini sentiasa beroperasi pada kawasan kuning ialah dengan mengahwinkan enjin dengan transmisi CVT ataupun transmisi automatik 8 kelajuan. Jadi walaupun kereta memecut laju, ia masih beroperasi pada BSFC terbaik.

Dalam graf di atas, kawasan berwarna hijau ialah kawasan di mana enjin menggunakan BSFC yang paling baik. Graf berwarna biru muda pula ialah kawasan operasi enjin selepas ia digandingkan dengan CVT atau 8 kelajuan yang sentiasa beroperasi sekitar 2000 RPM. Graf berwarna oren pula ialah kawasan di mana Low Speed Pre Ignition atau ketukan pada halaju rendah berlaku. Berbanding dengan fenomena ketukan biasa yang berlaku pada RPM yang tinggi, LSPI berlaku pada RPM yang rendah

Low Speed Pre – Ignition (lepas ini kita sebut LSPI saja) berlaku pada RPM yang rendah pada enjin CC kecil yang dipasang dengan turbo. Injektor petrol yang dipasang pada enjin pada sudut yang sedikit condong akan menyembur petrol pada tekanan tinggi dan sesetengah semburan akan terkena terus pada dinding silinder. Pada ketika ini semburan petrol ini akan bercampur dengan minyak pelincir yang melekat pada dinding silinder untuk melindungi silinder dan piston daripada bergeser.

Sebaik sahaja petrol tekanan tinggi bercampur dengan minyak pelincir, kedua dua campuran tadi akan menjadi sedikit cair berbanding dengan sifat asal minyak pelincir. Ia juga akan hilang sifat asal minyak pelincir iaitu melekat pada permukaan piston. Hasilnya ia dengan mudah dikikis oleh piston daripada dinding silinder dan apabila ia terpercik ke arah kebuk pembakaran, campuran minyak pelincir dan petrol ini akan menyala lebih awal diikuti dengan pembakaran campuran udara dan petrol oleh palam pencucuh.

Apabila kedua dua letupan ini bergabung, tekanan yang dihasilkan boleh menyebabkan kerosakan pada piston dan permukaan piston boleh merekah. Jika masalah ini berulang dengan kerap, bahagian piston boleh terserpih dan masalah yang lebih serius boleh berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, Association of Petroleum Industry telah memperkenalkan minyak enjin kelas terbaru yang dikenali dengan nama API SN Plus. Berita baiknya pula PETRONAS turut memperkenalkan generasi baru minyak pelincir yang dikenali dengan nama PETRONAS Syntium diformulasikan dengan teknologi CoolTech™

Teknologi CoolTech™ ini bukan sahaja melindungi minyak pelincir daripada bertindak menghalang minyak enjin daripada terbakar sekiranya ia bercampur dengan petrol malah teknologi ini juga melawan haba berlebihan yang dihasilkan oleh enjin yang akan menyebabkan minyak pelincir teroksida. Teknologi ini juga berupaya mengawal minyak pelincir daripada menjadi terlalu pekat sehingga ia gagal melindungi komponen enjin yang lain

PETRONAS Syntium 7000 0W-16 diformulasikan dengan teknologi CoolTech™ bagi melawan penghasilan haba yang berlebihan. Haba yang dihasilkan pada komponen kritikal di dalam enjin dengan menyerap dan menyebarkan haba kepada luar sistem bagi menurunkan suhu, dan melindungi komponen enjin daripada rosak dan kehilangan kuasa.

PETRONAS Syntium 7000 0W-16 juga diformulasikan bagi melawan fenomena Low Speed Pre Ignition pada enjin moden suntikan terus turbo iaitu sekaligus memenuhi spesifikasi API SN Plus. Pengalaman yang dikumpulkan oleh PETRONAS menerusi program perlumbaan litar FI dan juga perlumbaan yang lain membolehkan semua input penting diperolehi semasa membangunkan minyak pelincir PETRONAS Syntium, minyak pelincir berprestasi tinggi dengan keupyaan memenuhi keperluan spesefikasi generasi baru enjin di atas jalan dan juga pemanduan mencabar.

PETRONAS Syntium 7000 0W-16 dengan teknologi CoolTech™ berupaya melawan proses pengoksidaan minyak pelincir dan memberikan perlindungan tambahan agar mengelakkan minyak menjadi pekat pada suhu yang tinggi. Ia juga mampu mengawal pembentukan pembentukan deposit karbon di dalam enjin serta mengekalkan prestasi enjin. Teknologi CoolTech™ juga berupaya menahan minyak pelincir daripada meruap akibat terdedah pada suhu tinggi dan seterusnya menyebabkan enjin mengalami geseran dan hakisan akibat kegagalan minyak pelincir

Google ads
Back to top button