Artikel PilihanBuletin

PETRONAS SPRINTA NI BAGUS KE? KAMI TANYA 3 PEMILIK MOTOSIKAL

Sekarang ini kita boleh saksikan jenama PETRONAS di merata-rata tempat. PETRONAS memilih sukan permotoran untuk menaikkan keyakinan, membina jenama dan membuktikan kualiti produknya seperti yang kita boleh lihat hari ini.

Perjalanan PETRONAS dalam sukan permotoran bukan bermula dari Formula 1 malah lama sebelum itu dari era rali tempatan lagi.

Sama juga dengan sukan dua roda, perjalanan PETRONAS bermula dari perlumbaan Cub Prix dan dari situ meningkat kepada MotoGP.

Selain terlibat dalam sukan permotoran, PETRONAS juga dari dulu lagi membangunkan bakat dan jagoan tempatan dan kita boleh saksikan anak muda yang bersaing di peringkat antarabangsa.

Jenama PETRONAS sekarang ini boleh dikaitkan dengan kejayaan dan kualiti. Tetapi betul ke minyak pelincir PETRONAS ini ada kualiti? Sedap ke guna minyak pelincir PETRONAS?

Untuk mengetahui keberkesanan minyak pelincir PETRONAS Sprinta, kami bertanya kepada tiga penunggang dengan latar belakang berbeza. Ada otai, rider superbike dan anak muda.

Pengguna pertama yang kami temuramah ialah Encik Mohd Rozailan Bin Mohd Rusli berusia 36 tahun dan pengguna motosikal sejak tahun 2000. Encik Rozailan atau Ayyan pernah menggunakan Yamaha 125Z dan kini Yamaha FZ150i.

Satu perkara menarik tentang Ayyan ialah beliau sebenarnya mempunyai kumpulan yang sentiasa bereksperimen tentang pelincir motosikal.

Ayyan sendiri pernah menggunakan pelbagai jenama pelincir dari luar negara.

Purata Ayyan menggunakan FZ150i ialah sekitar 900km dengan jarak perbatuan melebihi 130,000km. Selain ke tempat kerja, Ayyan juga menggunakan motosikalnya untuk konvoi ke pelbagai lokasi kegemaran riders.

Ayyan sebenarnya baru dua kali menggunakan PETRONAS Sprinta F500 (3000km x 2) untuk FZ150i dan menariknya turut menggunakan minyak 2T PETRONAS Sprinta untuk mesin pemotong rumput beliau.

Ayyan berpendapat minyak PETRONAS Sprinta F500 berkualiti, tahan panas, melancarkan pergerakan enjin dan paling penting tidak ‘haus’ apabila berkonvoi jauh.

Beliau juga memaklumkan harga PETRONAS Sprinta F500 berbaloi untuk kelasnya.

Pada masa akan datang Ayyan bercadang untuk bertukar kepada PETRONAS Sprinta F700 dan akhir sekali beliau berpesan:

“Cuba la dengan minyak pelincir PETRONAS Sprinta ini, anda akan lebih yakin dengannya dan pasti akan terpikat dengan prestasi motosikal anda kelak.”

Pengguna kedua ialah Encik Edi Erwan Abu Talib, berumur 43 tahun dan telah mengunakan motosikal selama 25 tahun.

Edi Erwan boleh dianggap sebagai ‘otai’ dan pernah memiliki Honda Cub C70, Honda EX5, Yamaha LC135, Triumph Triple Street dan sekarang ini menggunakan Honda BeAT dan Honda RS150.

Encik Edi Erwan menggunakan kedua-dua motosikal dengan purata tunggangan sebanyak 900 km hingga 1000 km setiap bulan.

Honda RS150 dibeli baharu dengan jarak perbatuan 20,000km. Untuk pelincir, beliau menggunakan PETRONAS Sprinta F700 yang merupakan pilihan tinggi dan popular dalam siri Sprinta.

Menurut Edi Erwan, minyak pelincir PETRONAS Sprinta memberikan perjalanan lancar dan enjin terasa ringan.

Beliau menggunakan pelincir dengan jarak perbatuan yang jauh (5,000 km dan 9,000 km) sebelum menukar kepada baharu.

Walaupun sebagai heavy rider, beliau memaklumkan minyak pelincir yang ditadah keluar masih dalam keadaan ‘okay’.

Sebelum mengakhiri temuramah, Encik Edi Erwan sebagai otai yang telah lama menunggang dan mempunyai pelbagai motosikal memberikan pesanan berikut;

“Enjin motosikal seperti jantung manusia, jadi berikanlah treatment yang terbaik untuk enjin motosikal untuk ketahanan yang berpanjangan.”

Pengguna ketiga yang kami temuramah ialah Encik Muhammad Huzair Zakhal atau dikenali sebagai Maulana dan berusia 31 tahun.

Walaupun masih muda, Maulana sudah 15 tahun menggunakan motosikal dengan memiliki Kawasaki Vulcan 500, Modenas Kriss, Honda RS150 dan Kawasaki Z800.

Maulana sekarang ini menggunakan Kawasaki ZX10 yang dimiliki sejak tahun 2018.

Beliau sering bertukar minyak pelincir dan pernah menggunakan minyak pelincir PETRONAS Sprinta semasa memiliki Kawasaki Vulcan 500 dan sekarang ini kembali kepada minyak pelincir PETRONAS Sprinta sejak menggunakan Kawasaki ZX10.

Maulana menggunakan Kawasaki ZX10 untuk ride dan tunggangan sebulan sekitar 1000km. Beliau memilih minyak pelincir PETRONAS Sprinta F500 dan menukar setiap 3000km.

Melalui pengalaman beliau, minyak pelincir PETRONAS Sprinta F500 yang digunakan setara dengan jenama luar dan dari segi prestasi enjin berasa lancar dan mudah bagi mendapatkan kelajuan.

Dari segi heat enjin juga okay dan bila ditanya lanjut pengalaman tersebut sebenarnya diperolehi semasa tunggangan di Litar Sepang.

Maulana turut berpendapat rider perlu mempunyai pendapat sendiri berbanding ‘cakap-cakap orang’ yang mana motosikal mahal perlu guna minyak mahal.

Melalui pengalaman beliau semasa menukar pelincir pada perbatuan 3,000 km (sudah dua kali), minyak pelincir PETRONAS Sprinta masih belum ‘hitam’ sepenuhnya.

Maulana juga berpendapat minyak pelincir PETRONAS Sprinta setanding dengan jenama saingannya manakala produk PETRONAS sendiri digunakan di perlumbaan antarabangsa dengan keputusan cemerlang.

Google ads
Back to top button