Motosikal

Moto Guzzi Kini Di Glenmarie

Tawar sepuluh model kepada peminat motosikal berkuasa tinggi 

Kepada penggemar motosikal berkuasa tinggi, ada satu lagi jenama yang perlu anda tahu. Ya! Motosikal dari pembuat Itali, Moto Guzzi kini kembali bertapak di Malaysia. Dengan pembukaan ruang pameran baharunya di Glenmarie, sepuluh model Moto Guzzi mula dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Moto Guzzi diedar oleh SMS Autoworld Sdn Bhd, sebuah syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Syarikat SMS.

Model-model yang dibawa masuk:

  1. V7 Stone
  2. V7 Classic
  3. V7 Special
  4. V7 Racer
  5. Nevada Classic 750
  6. Griso 1200 8V SE
  7. 1200 Sport 8V
  8. Stelvio 1200 NTX 8V
  9.  California Aniversario 90 (Edisi khas sambutan ulang tahun yang ke-90 Moto Guzzi)
  10. Norge 1200 GT V8

Jentera-jentera ini ditawarkan pada harga bermula RM71,000 hingga RM120,000 seunit.  Bagi yang ingin berkunjung ke bilik pameran Moto Guzzi.  ia terletak di Lot 6A, Jalan Pensyarah U1/28, Glenmarie 8 Business Park, Shah Alam.

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

[hr]
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button